Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Puteri Mahu PTPTN Dibuka...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri UMNO mahu pembiayaan pendidikan di bawah Perbadanan Tabung...

Felda Berhasrat Bantu Lahir...

FELDA berhasrat membantu Persatuan Pelayaran Johor secara berterusan untuk melahirkan lebih ramai atlet...

Jakim Siasat Gambar Lelaki...

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan menyiasat penyebaran gambar seorang individu yang...

Lelaki Ditahan Rogol Wanita...

BATU PAHAT - Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun selepas disyaki merogol...

MRT Corp Nafi Terlibat Isu Roboh Ampang Park

KUALA LUMPUR – Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp) menafikan semua dakwaan yang dilemparkan pihak tertentu dan badan bukan kerajaan mengenai isu meroboh pusat beli-belah Ampang Park.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Pihak Berkepentingan MRT Corp, Datuk Najmuddin Abdullah berkata kenyataan yang dibuat baru-baru ini dengan menuduh MRT Corp terlibat dengan rasuah adalah tidak benar dan tidak berasas.

Najmuddin juga meminta semua pihak yang membuat dakwaan itu agar tampil mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“MRT Corp mengalu-alukan siasatan oleh pihak berkuasa dan akan memberi kerjasama penuh. Semua audit MRT Corp dilakukan Ketua Audit Negara dan MRT Corp juga meluluskan penubuhan Unit Integriti yang bekerjasama dengan SPRM.

“Saya percaya tidak ada penyelewengan yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Najmuddin turut menafikan dakwaan MRT Corp tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan pemilik strata mengenai rancangan membina stesen MRT di bawah Ampang Park.

Beliau menjelaskan MRT Corp telah mengadakan beberapa pertemuan dengan pemilik pada 2015 bagi mencari penyelesaian masalah berkenaan yang boleh memberi faedah kepada kedua-dua pihak, malah menawarkan rekaan alternatif dengan lokasi stesen MRT tersebut dialihkan sedikit.

Bagaimanapun, pilihan itu ditolak oleh pemilik berkenaan yang tidak memberi sebarang keputusan atau cadangan lain pada tempoh yang ditetapkan, katanya.

“Sebaliknya, mereka memutuskan untuk ke mahkamah dan memfailkan semakan kehakiman. Jadi, sekarang kita tunggu keputusan mahkamah mengenainya,” kata beliau yang menjelaskan MRT Corp akan mematuhi keputusan yang dibuat mahkamah nanti.


Semakan kehakiman itu difailkan pada 8 Januari 2016 oleh 39 pemilik strata yang mencabar keputusan kerajaan untuk pengambilalihan pusat beli-belah tertua di ibu kota itu.

Pada 30 Jun 2016, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang berpihak kepada kerajaan dengan mengisytiharkan proses pengambilalihan tanah itu adalah sah.

Kumpulan pemilik itu kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan pada 18 Januari 2017, dan ia ditolak.

Mereka kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan dan masih menunggu sama ada rayuan terbaru itu mempunyai alasan yang mencukupi untuk didengar.

Najmuddin berkata tanpa stesen MRT di lokasi itu, tiada pertukaran antara MRT Laluan SSP (Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya) dengan LRT Laluan Kelana Jaya dan ini akan mengehadkan sambungan perkhidmatan rel dalam bandar.

Laluan SSP sepanjang 52.2km dijangka siap pada 2022 dan akan berfungsi sebagai koridor dengan jumlah penduduk kira-kira 2 juta.

Ditanya sama ada isu MRT Corp dan beberapa pemilik strata Ampang Park akan menjejaskan kelancaran projek Laluan SSP, Najmuddin berkata: “Pada masa ini, kerja-kerja masih mengikut jadual yang ditetapkan, jadi tidak ada kelewatan dan insya-Allah MRT Corp akan dapat menyiapkannya seperti yang dijadualkan.” – BERNAMA

Kategori