Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saifuddin Hadiri Mesyuarat Tergempar...

KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah akan menghadiri mesyuarat tergempar Pertubuhan...

Peluang Belajar Sejarah, Kehalusan...

KETIBAAN Ramadan akan disambut meriah dengan amalan bertadarus Al Quran setiap malam selepas Solat...

Anita Yusof Berjaya Selesaikan...

BUKIT KAYU HITAM - Anita Yusof yang menunggang motosikal secara solo merentasi 40...

Lebih 20,000 Peserta Meriah...

KUALA LUMPUR - Hujan lebat sekitar ibu negara tidak menghalang lebih 20,000 peserta...

Mufti Tak Salah Sebab Ada Faktor Agama – JPJ

KETUA Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron menjelaskan tindakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri membonceng motosikal tanpa topi keledar petang Jumaat lalu adalah tidak salah serta tidak timbul isu minta maaf.

Mstar Online melaporkan, mengikut undang-undang jalan raya, seseorang itu dikecualikan memakai topi keledar atas faktor agama.

“Selagi ia dibenarkan maka bukan menjadi isu. Tiada masalah bagi mereka (memakai serban) untuk tidak memakai topi keledar, sekiranya ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan.

“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” katanya.

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.


Mengulas permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata keprihatinan terhadap aspek keselamatan jalan raya itu harus dicontohi.

Baca: Tak Pakai Topi Keledar, Mufti Wilayah Minta Maaf

Menerusi posting Dr Zulkifli semalam, beliau meluahkan perasaan kesal dan meminta maaf susulan insiden tidak memakai topi keledar bagi mengelakkan kesesakan ketika dalam perjalanan ke program cerapan anak bulan Ramadan di Menara Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Kategori