Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Saleem Dan Syafiq...

BEBERAPA hari ini, isu antara dua beranak ini sering disebut-sebut media. Mana taknya...

Semua Pusat Pemindahan Banjir...

KEMAMAN - Banjir yang melanda di daerah ini sejak semalam pulih sepenuhnya dan...

Tiada Siapa Dekati Khazanah...

PETALING JAYA - Pemegang saham terbesar PLUS Malaysia Bhd., Khazanah Nasional Bhd. khuatir...

Sony Xperia M5, Pendatang...

SONY secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, Xperia M5.Sebelum ini beberapa info...

Muhammad Irfan Perbaharui Rekod Kebangsaan

KUALA LUMPUR – Atlet lempar cakera negara, Muhammad Irfan Shamsuddin memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sebanyak dua kali dalam tempoh 48 jam selepas melakukan catatan 61.56 meter (m) pada kejohanan di Repbulik Czech, lewat malam tadi.

Catatan terbaru oleh atlet berusia 22 tahun itu sekali gus memadamkan rekod lamanya iaitu 61.10m yang dicipta pada Kejohanan Hallesch Werfertage di Halle, Jerman, Ahad lepas.

Muhammad Irfan mencipta rekod terbaru itu pada balingan keempat.

Kejayaan itu juga merupakan suntikan semangat kepada atlet berasal dari Negeri Sembilan itu untuk mempertahankan pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 19-30 Ogos ini.


Pada Sukan SEA 2015 di Singapura, beliau menyumbang pingat emas dengan catatan 56.62m. – BERNAMA

Kategori