Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gergasi O&G Thailand Beli...

BANGKOK - PTTEP, cabangĀ penerokaanĀ dan pengeluaranĀ kepadaĀ gergasiĀ minyak dan gasĀ Thailand, PTT Group,Ā telah bersetuju untuk membeli 10...

Anak Tempatan Diutama Mengajar...

KUALA LUMPUR ā€“ Guru baharu yang berkelahiran dan beralamat di Sarawak akan diberi...

Chef Wan Sahkan Serina...

SELEPAS berusaha sedaya-upaya untuk mempertahankan perkahwinannya, akhirnya pelakon Serin Redzuawan menuntut permohonan cerai...

Hospital Sungai Buloh Kembali...

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan (KKM) bersetuju untuk menukar kembali status Hospital Sungai...

Najib Bincang Kerjasama Ekonomi Dengan China

BEIJING – Kunjungan Datuk Seri Najib Tun Razak ke China mulai esok, kali ketujuh sejak 2009, menjadi testimoni keakraban persefahaman Malaysia dan China ke arah meningkatkan kerjasama ekonomi bernilai berbilion ringgit yang merancakkan pertumbuhan di kedua-dua negara.

Lawatan kerja kali ini adalah atas jemputan pemimpin tertinggi China kepada Najib untuk menyertai 27 pemimpin negara, termasuk Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghadiri ‘Belt and Road Forum for International Cooperation’ di kota raya Beijing pada 14 dan 15 Mei.

Sebelum pertemuan dengan Presiden Xi Jinping dan rakan sejawatannya Li Keqiang di Beijing, perdana menteri dijadual bertemu Pengerusi Eksekutif Alibaba Group di bandar Hangzhou, kira-kira 1,120 kilometer ke Tenggara Beijing.

Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dijadual tiba pagi esok di Hangzhou, di mana terletaknya ibu pejabat Alibaba Group, untuk meninjau operasi gergasi e-dagang China itu. Jack Ma merupakan Penasihat Ekonomi Digital Kerajaan Malaysia.

Semasa di Hangzhou, Najib akan menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) dan Hangzhou Municipal Government & Alibaba Company Limited, kata Duta Besar Malaysia ke China Datuk Zainuddin Yahya kepada media Malaysia di sini hari ini.

MoU yang bakal ditandatangani itu dijangka menggerakkan projek Digital Free Trade Zone (DFTZ) yang dilancarkan bersama oleh Najib dan Jack Ma di Kuala Lumpur pada 22 Mac lepas.

Zon bebas dagang digital yang pertama di dunia itu bakal menyediakan kemudahan fizikal dan virtual untuk syarikat kecil dan sederhana (SMEs) menjalankan aktiviti e-dagang secara rentas sempadan.


DFTZ dijangka beroperasi sebagai platform e-dagang seperti Electronic World Trade Platform (e-WTP) hasil cetusan idea Jack Ma. Zon itu akan menjadi hab serantau bagi SMEs dengan sasaran menggandakan pertumbuhan e-dagang Malaysia dan menyumbang kepada peningkatan GDP kepada kira-kira RM211 billion menjelang 2020.

Pada sebelah petang, perdana menteri dan isteri dijadual berlepas ke Beijing. Pada hari Jumaat, Najib akan mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Xi dan kemudian mengadakan mesyuarat dua hala dengan Perdana Menteri Li Keqiang.

Zainuddin berkata beberapa MoU antara kerajaan akan ditandatangani, yang melibatkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pertanian dan Asas Tani.

Beberapa perjanjian persefahaman membabitkan perniagaan (B2B) juga akan dimeterai yang antaranya merangkumi kerjasama pelaburan, kewangan, pengangkutan, pelabuhan, hartanah dan pertanian.

China merupakan rakan dagang Malaysia terbesar untuk tujuh tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan dua hala tahun lalu mencecah hampir RM100 bilion. – BERNAMA

Kategori