Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Klinik Kesihatan Alor Pongsu...

BAGAN SERAI - Kementerian Kesihatan diminta untuk menyediakan semula perkhidmatan ambulans 24 jam...

NGO Serantau Akan Bersidang...

KUALA LUMPUR - Satu persidangan bagi menyatukan strategi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari...

UiTM Muncul Juara Keseluruhan...

JOHOR BAHRU - Universiti Teknologi Mara (UiTM) muncul juara keseluruhan Sukan Institusi Pengajian...

Arahan DAP Kepada UMNO...

KUALA LUMPUR - DAP meminta UMNO Bahagian di seluruh negara yang bermesyuarat kali...

Nasib Pelajar Kelas Tercorot Yang Sering Diabaikan

“JANGAN salahkan saya bila saya tak pandai. Setidaknya saya cuba.”

Dilema budak kelas tercorot ini, salahnya pada guru atau pada pelajar?

“Setiap hari pergi sekolah, hadap silibus skema setiap hari. Cikgu pula ajar guna gaya yang sama macam mana dia ajar budak kelas depan.” Itu antara rungutan budak kelas corot.

Sebagai pelajar, ia istilah asas perkataan akar yang dinamakan belajar.

“Kami baru belajar, jadi jangan anggap kami tahu semua benda. Kami tak tahu, habis sekelas kena marah.

“Kami bukan malas, tapi kami jadi malas sebab kami tak faham. Tak boleh masuk.”

Ini antara rungutan pelajar tercorot. Kecewa kerana guru mengajar mereka macam mengajar pelajar kelas terbaik.

Pelajar corot agak cemburu bila tengok budak kelas depan selalu dapat hadiah, dapat penghargaan, dapat pujian sebab pandai.

“Mereka memang pandai teori, tapi cikgu pernah cuba uji tak kemahiran kami?

“Kami pandai bertukang, kami pandai ikat-ikat, kami pandai masak masak. Tapi kebijakkan kami terbatas pada teori dan ilmu tulisan semata.


“Kebijakan bukan diukur pada satu medium saja, kita dianugerahkan dengan kebijakan yang pelbagai, jadi kenapa tidak ilmu teori itu di ekspresikan dalam bentuk pengamalan.

“Tapi apakan daya, kami hanya pelajar kelas belakang. Dipandang sepi kerana kami kurang bijak. Tapi setidaknya, sentuhlah hati kami dengan keikhlasan yang benar.”

Bagi pelajar kelas corot, mereka mengharap peluang untuk menunjukkan kebolehan.

“Kami juga anak watan negara, sekolah bukan kilang, sekolah tempat kami ekspresikan kreativiti kami dan rasa seronok. Dengarlah suara hati kami.”

Tidak percaya? Mari cuba.

Petikan pengalaman pelajar jurusan Psikologi yang sempat mengajar.

#laskarmalaya

Kategori