Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Perkembangan Terkini Nahas Helikopter...

PUTRAJAYA - Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan bahawa jenazah YBhg. Datin Habibah Mahmud,...

CNY: Pejabat Imigresen Ditutup

KUALA LUMPUR - Semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara termasuk cawangan di...

Strok Haba: 2 Peserta...

JOHOR BAHRU: Dua peserta kursus tempur pegawai muda di Kem Pusat Latihan Tempur...

Guru Besar Hilang, Warga...

KUALA LUMPUR - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat Satu di sini mengadakan...

Natasha Masih Belum Puas, Idam Kejayaan Lebih Besar

KUALA LUMPUR – Selepas melakar kejayaan cemerlang pada Kejohanan Boling Kebangsaan dan Kejohanan Boling Antara Negeri 2017 yang berakhir Sabtu lepas, pemain elit negara, Natasha Mohamed Roslan mula mengidamkan kejayaan lebih besar.

Natasha, 21, yang juga juara remaja wanita dunia 2016 mengakui belum puas dengan pencapaiannya itu, sebaliknya menganggap ia adalah titik permulaan buat dirinya terus mengukir nama dalam sukan tersebut.

Menurut atlet kelahiran Selangor itu, walaupun telah meraih pelbagai kejayaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa semasa di zaman remajanya, beliau masih dahagakan kejayaan yang lebih besar di peringkat tertinggi.

“Saya bersyukur kerana berjaya mempersembahkan permainan yang baik untuk mengekalkan kejuaraan tetapi sebagai pemain muda dalam skuad elit negara, saya sentiasa memberi komitmen tinggi dan berusaha gigih untuk menyaingi pemain lain.

“Dengan usaha yang berterusan bersama jurulatih, sokongan keluarga selain pendedahan di peringkat antarabangsa, saya lihat impian itu tidak mustahil untuk dicapai,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Natasha mempamerkan prestasi mengagumkan apabila berjaya mempertahankan gelaran dalam kategori wanita pada Kejohanan Kebangsaan edisi ke-41, selain menambah koleksi kejayaan dengan meraih satu pingat emas dan tiga perak pada Kejohanan Antara Negeri edisi ke-30 yang berakhir Khamis lepas.

Mengenai penyertaan di peringkat antarabangsa tahun ini, Natasha berkata beliau belum dimaklumkan tentang perkara berkenaan oleh Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC) dan ketika ini hanya memberi tumpuan pada persiapan Sukan SEA Kuala Lumpur pada 19-30 Ogos ini.


Dalam pada itu, Natasha yang merupakan pelajar tahun empat di Universiti Sunway bertekad memberikan yang terbaik sekiranya terpilih dalam skuad Sukan SEA Kuala Lumpur.

“Sukan SEA 2015 merupakan penampilan pertama saya dan jika terpilih kali ini, saya mahu menggunakan segala pengalaman yang ada untuk membantu negara meraih lebih banyak pingat,” katanya yang lebih mesra dengan panggilan Ata dalam kalangan rakan sepasukan.

Sebagai rekod, ketika berusia 19 tahun, Natasha berjaya menghadiahkan pingat emas buat negara dalam kategori berpasukan wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA Singapura 2015.

Sementara itu, ratu boling negara, Shalin Zulkifli yang pernah menjadi jurulatih skuad Sukan Malaysia (Sukma) Selangor, menyifatkan Natasha seorang atlet muda yang berpotensi.

“Prestasi Natasha ketika ini sangat bagus dan menunjukkan kematangan. Saya bertuah kerana berpeluang berganding dengannya dan memenangi pingat bersama bekas anak didik saya,” kata Shalin yang bersama Natasha membantu Selangor meraih pingat emas kategori beregu wanita pada Kejohanan Antara Negeri minggu lepas. – BERNAMA

Kategori