Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

DUN Terengganu Ditangguh Tanpa...

KUALA TERENGGANU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu berakhir hari ini tanpa...

Lelaki Terpaksa Dipotong `Kepala’...

New Jersey - Seorang lelaki warga emas berusia 54 tahun tidak mempunyai pilihan...

Sembilan Termasuk Warga Asing...

BALING : Sembilan individu termasuk lima warga asing didakwa di Mahkamah Sesyen di...

10 Militan Daesh Dibunuh...

KIRKUK - Tentera Iraq membunuh 10 anggota militan Daesh dalam terowong berhampiran bandar...

Nelayan Pahang Sangkal Pendapatan Bawah RM400

KUANTAN – Persatuan Nelayan Negeri Pahang (Pernepa) menyangkal dakwaan anggota politik pembangkang bahawa pendapatan golongan itu masih di bawah RM400 sebulan.

Pengerusinya, Zulkiflee Yusof juga menyifatkan kenyataan itu sebagai keterlaluan kerana seolah-olah merendahkan golongan nelayan selain jumlah pendapatan nelayan adalah sesuatu yang subjektif.

Katanya, jika golongan nelayan rajin turun ke laut maka pendapatanya pasti lebih berbanding mereka yang kurang turun ke laut.

“Kita juga dapat melihat keprihatinan dan usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup nelayan seperti memberi elaun RM300 bulan dan pelbagai insentif lain termasuk mewujudkan perumahan nelayan,” katanya pada sidang media di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah LKIM Pahang, Nazrulzam Jamil dan Pengurus Besar Pernepa, Sao’di Mahussin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Anggota Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad bahawa pendapatan kebanyakan nelayan di kampung masih di peringkat RM400 sebulan.

Zulkiflee menambah setakat ini, beliau tidak pernah menerima keluhan berhubung gaji di bawah RM400 daripada lebih 4,000 anggota Penerpa.


Sementara itu, Nazrulzam berkata Kajian Sosial Ekonomi Nelayan (SENDI) yang dijalankan pada 2007 oleh LKIM dan persatuan nelayan, purata pendapatan bulanan melebihi RM1,200 sebulan dan sudah pasti jumlah itu meningkat pada masa kini.

Katanya, kajian itu dijalankan setiap 10 tahun sekali dan LKIM juga sentiasa berusaha untuk memastikan taraf kehidupan nelayan terbela dengan memastikan bantuan daripada kerajaan sampai ke golongan sasar.

“Tidak sepatutnya timbul dakwaan pendapatan mereka (nelayan) hanya RM400 sebulan kerana kerajaan sendiri sudah memberi elaun sara hidup RM300 sebulan kepada mereka yang layak,” katanya.

Beliau berkata statistik pendaratan ikan sepanjang tahun lepas di Pahang juga melebihi 75 juta kilogram dengan anggaran nilai lebih RM202 juta setahun dan pasti mereka menerima limpahan rezeki. – BERNAMA

Kategori