Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tempoh Berkurung Di Esszone...

KUDAT - Fasa ke-20 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah...

Rundingan Terus Adalah Lumrah,...

BEKAS Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyifatkan kelulusan bagi beberapa projek secara rundingan...

Hati-Hati Beli Ikan Keli,...

KUALA TERENGGANU - Orang ramai di Terengganu dinasihatkan supaya supaya lebih berhati-hati ketika...

Penantian Lapan Bulan Berakhir...

TAWAU - Penantian lapan bulan Hariyanti Amsi, 31, yang menunggu suaminya, Mohd. Ridzuan...

Ngeri! Kolam Renang Kaca Di Puncak Menara

SANGGUPKAH anda berenang di puncak pangsapuri mewah setinggi 42 tingkat dengan dasar kolamnya diperbuat daripada kaca?

Tentu ada yang menggigil lutut apabila melihat kolam renang yang dibina atas bumbung Market Square Tower, Houstan, Texas, Amerika Syarikat ini.

Sambil berenang, anda boleh memandang sayup-sayup ke bawah melihat kenderaan yang bergerak di jalan raya Houston.

Bagi mereka yang fobia pada ketinggian, kolam renang kelihatan ini sangat mengerikan kerana terletak pada ketinggian 500 kaki (lebih 150 meter) dan struktur yang menonjol sedikit dari sisi bangunan.

Ngeri! Kolam Renang Kaca Di Puncak Menara

Kolam yang dikenali sebagai Sky Pool ini dibina daripada kaca akrilik setebal lapan inci (20 sentimeter) dan hanya boleh diakses oleh penghuni pangsapuri mewah itu sahaja.


Market Square Tower ini memiliki 463 pangsapuri termasuk jenis studio dan rumah emper dengan harga USD1,805 (RM7823) hingga USD 18,715 (RM81,120)

Bangunan tersebut direka oleh firma tempatan Jackson & Ryan Architects dan siap pada November 2016.

Sejak itu, penduduk telah berkongsi imej dan video pengalaman mereka di kolam renang tersebut di laman sosial.-MYNEWSHUB.CC

Kategori