Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jual Nasi Lemak Dengan...

ALKISAH seorang pemuda dari Malaysia menjual nasi lemak menggunakan basikal di perantauan mula...

Saksi Nampak Kepala Nazrin...

SHAH ALAM - Prosiding perbicaraan kes kematian berprofil tinggi membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif...

Adik Ipar Ahmad Zahid...

KUALA LUMPUR – Adik ipar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

Peningkatan Ammonia Dikesan Di...

Shah Alam : Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan permasalahan kualiti...

Jualan Kenderaan Di Malaysia Meningkat 24.7%

KUALA LUMPUR – Nilai jualan Perdagangan Borong dan Runcit dalam negara bagi bulan Mac 2017 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 8.9 peratus iaitu berjumlah RM97.4 bilion.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, nilai jualan itu meliputi perniagaan Kenderaan Bermotor RM12.9 bilion, Perdagangan Runcit (RM37.6 bilion) dan Perdagangan Borong (RM46.9 bilion).

“Pertumbuhan positif ini disumbang oleh perniagaan Perdagangan Runcit 11.8 peratus. Indeks volum Perdagangan Borong dan Runcit meningkat 7.0 peratus kepada 159.6 mata bagi bulan Mac 2017 berbanding bulan Mac 2016.

“Petumbuhan ini disokong oleh peningkatan dalam Perdagangan Runcit 9.7 peratus. Indeks volum pelarasan bermusim perdagangan Borong dan Runcit meningkat 1.4 peratus berbanding dengan bulan sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Uzir berkata, nilai jualan bagi perniagaan Perdagangan Borong mencatatkan pertumbuhan 8.0 peratus kepada RM46.9 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

Menurut beliau, Perniagaan Perdagangan Runcit merekodkan peningkatan nilai jualan kepada RM37.6 bilion atau 11.8 peratus berbanding setahun yang lalu.


“Pada bulan ini, nilai jualan bagi perniagaan Kenderaan Bermotor meningkat 4.2 peratus kepada RM12.9 bilion berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.

“Nilai jualan perniagaan Kenderaan Bermotor ini meningkat 24.7 peratus bagi perbandingan bulanan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori