Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pyongyang Beri Amaran Kepada...

NEW YORK - Penyertaan tiga pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat (AS) dalam latihan...

Mahkamah Gugur Dakwaan Rogol...

LOS ANGELES : Mahkamah Amerika Syarikat menggugurkan dakwaan kes rogol terhadap Cristiano Ronaldo...

Sime Darby Salur RM14.85...

MANJUNG - Yayasan Sime Darby (YSD) memperuntukkan dana RM14.85 juta untuk membendung kepupusan...

Tauke Sushi Menang Bidaan...

KALAU dah kaya….pemilik rangkaian sushi di Jepun, yang dinobatkan sebagai 'Raja Tuna' sanggup...

Nokia Pertaruh Telefon Pintar Terbaharu

PETALING JAYA – Nokia menyasarkan untuk menguasai semula pasaran Malaysia menerusi pelancaran model telefon pintar baharunya, Nokia 3,5 dan 6 yang dipacu sistem Android, hari ini.

HMD Global yang merupakan pemegang lesen eksklusif tablet dan telefon pintar Nokia, berkata tiga model itu akan dijual di pasaran tempatan mulai pertengahan Jun ini.

Naib Presidennya bagi rantau Asia Pasifik, James Rutherfoord berkata telefon pintar yang menggabungkan elemen reka bentuk serta ciri menawan dengan pengalaman sebenar Android, juga membuka era baharu yang serba menarik untuk Nokia.

“Kami mahu menjadi penggiat telefon pintar terkemuka global dalam masa beberapa tahun akan datang. Malah, pada masa ini, kami telah membuka pejabat di 50 negara, termasuk Malaysia,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran produk berkenaan.

Nokia yang juga firma Finland, menguasai pasaran penting segmen telefon mudah alih global pada 1990-an menerusi tawaran pelbagai model yang terbukti laris, termasuk Nokia 3310.


Sementara itu, Pengurus HMD Global bagi Malaysia dan Myanmar, Vijay Thangavelu berkata Nokia 3, 5 dan 6 itu masing-masing akan ditawarkan pada harga RM599, RM799 dan RM999.

Selain itu, syarikat berkenaan akan turut melancarkan model ikonik yang diberi nafas baharu, Nokia 3310 berharga RM239 pada minggu pertama Jun ini. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • nokia

Kategori