Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AS Tambah Bantuan Kemanusiaan...

NEW YORK - Amerika Syarikat akan menambah jumlah bantuan kemanusiaan ke atas pelarian...

Xiaomi Mi 6 Diperkenalkan...

JENAMA peranti pintar yang popular dengan penawaran peranti pada harga rendah, Xiaomi, hari...

Askar Rusia Tinggalkan Chernobyl

KIEV – Tentera Rusia dilaporkan meninggalkan loji nuklear Chernobyl dan bergerak menuju ke...

Sesak Nafas: 9 Mangsa...

PETALING JAYA - Sebanyak sembilan mangsa baru yang didapati mengalami simptom sesak nafas...

Padan Muka! Padah Ragut Rantai Leher Pelancong

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang lelaki cuba meragut rantai leher pelancong wanita warga India di Jalan Hang Lekiu, petang semalam mengundang padah apabila dia dipukul orang awam yang menangkapnya sebelum diserahkan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa sedang melintas jalan sebelum dihampiri sebuah motosikal jenis Yamaha yang ditunggang suspek berseorangan yang cuba merentap rantai lehernya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, cubaan suspek bagaimanapun tidak berjaya selepas mangsa sempat memegang rantai lehernya.

“Suspek cuba melarikan diri namun telah melanggar pembahagi jalan sehingga terjatuh.

“Orang awam yang melihat kejadian menangkap suspek dan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek yang berusia 25 tahun itu mempunyai enam rekod jenayah lampu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.


Sementara itu, video ketika suspek ditahan orang ramai menjadi tular di laman sosial.

Menerusi video tersebut, tangan suspek diikat dan ada diantara orang awam yang bertindak memukul suspek kerana berang dengan tindakannya.

Ada juga suara lelaki di dalam video tersebut mengakui suspek pernah menyamun isterinya sebelum ini sehingga menyebabkan kecederaan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori