Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Nurul Izzah Sambut Baik...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyambut baik gesaan sekumpulan 146 belia...

Ku Nan Dakwa Mahathir...

Penyandang ahli Parlimen Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa bekas perdana menteri Dr...

SPRM Siasat Syarikat Dapat...

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak...

Wanita Alah Pada Suami,...

BAGI pasangan suami isteri, saat-saat bersama sememangnya dinantikan namun berbeza dengan Johanna Watkins...

Pahang Buru Kejuaraan Liga Super, Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Pahang mengintai dua trofi iaitu Piala Liga Super dan Piala Malaysia selepas tewas 2-3 kepada Kedah pada aksi final Piala FA di Stadium Shah Alam pada 20 Mei lepas.

Ketua jurulatihnya, Dollah Salleh menyifatkan skuad Tok Gajah yang kini berada pada tangga kedua Liga Super berpeluang memberikan cabaran sengit kepada pendahulu Johor Darul Ta’zim dalam perebutan kejuaraan liga.

“Kita akan memburu kejuaraan Liga Super serta Piala Malaysia. Kenapa kita perlu melepaskan peluang menjuarai Liga Super tapi mengutamakan Piala Malaysia.

“Bagi saya kedua-dua piala berkenaan amat penting untuk pasukan Pahang kerana pasukan lain turut menyasarkan perkara yang sama,” tegas Dollah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pahang menewaskan Selangor 2-0 pada aksi ke-13 Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Dollah memaklumkan beliau perlu bijak merancang penggiliran pemain memandangkan baki sembilan aksi Liga Super serta aksi kumpulan akan dijalankan serentak pada bulan Julai sehingga September ini yang dijangka memberi kesan kepada persembahan pemainnya di atas padang.


Pada masa yang sama, beliau menjelaskan pemain skuad Tok Gajah diberi rehat seminggu selepas ini sebelum meneruskan latihan seperti biasa bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang dijadualkan bermula pada 4 Julai yang menyaksikan Pahang diundi dalam Kumpulan A bersama T-Team, PKNP FC dan juara tiga kali Negeri Sembilan.

Sementara itu, Ketua jurulatih Selangor P. Maniam kecewa dengan persembahan hambar yang ditampilkan pemain skuad Gergasi Merah pada perlawanan berkenaan.

Beliau bagaimanapun memuji persembahan cemerlang yang ditampilkan dua pemainnya Mohd Amri Yahyah yang kembali menyarung jersi Selangor setelah berkelana ke beberapa pasukan sebelum ini selain pemain import Indonesia, Andik Vermansah yang berehat panjang sebelum ini akibat kecederaan lutut.

“Secara keseluruhannya, pasukan tidak beraksi dengan baik, gagal mencipta peluang jaringan selain kelonggaran di bahagian pertahanan tapi Pahang beraksi dengan baik di mana mereka banyak menguasai perlawanan,” jelas Maniam yang mengesahkan bahawa skuad Gergasi Merah kini sedang memburu seorang pemain import bagi mempertajamkan jentera serangannya. – BERNAMA

Kategori