Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

GST Bukan Faktor Harga...

BATU KURAU - Kenaikan harga barangan di pasaran serta perkhidmatan bukanlah disebabkan pelaksanaan...

Kantoi Curi Lembu, Kereta...

KEPALA BATAS - Dua lelaki gagal mencuri dua lembu apabila tindakan mereka disedari penduduk...

5 Tanda Awal Kemusnahan...

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri... Hubungan mana yang tak berdepan...

COVID-19: Kematian Di Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kadar kematian berkaitan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih pada tahap rendah...

PAN ‘Spin’ Isu Mat Over Lempang David Teo?

KUALA LUMPUR – Lain hal yang berlaku, lain pula isu yang dicanang oleh Parti Amanah Negara (PAN) bagi memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung insiden penerbit filem, David Teo ditampar pelakon dan pelawak, Sulaiman Yassin (Mat Over).

Jawatankuasa Pimpinan Nasional PAN, Aiman Athirah Al-Judi mendakwa kononnya David Teo dilempang oleh Mat Over dalam program Transformasi Nasional 2050 (TN50) semalam kerana mempunyai pendapat yang berbeza berhubung TN50.

“David Teo itu pembuat wayang yang berjaya dengan kelasnya yang tersendiri. Bukan sukar untuk dia menyedari bahawa di depannya itu sama ada satu wayang.

“Malangnya, Rosyam (moderator program, Datuk Rosyam Nor) dan beberapa kerat (penggiat seni) masih terperangkap. Sehingga bagi mereka berbeza pendapat itu biadab. Tinggi nada suara biadab. Beri pandangan biadab. Keluar daripada skrip dan jalan cerita itu juga biadab.

“Semua hanya kerana kamu sedang berada di hadapan seorang Penguasa Politikus berjawatan Perdana Menteri? Waras kat mana?” dakwanya dalam satu kenyataan berbaur politik hari ini.

Justeru, Aiman mempersoalkan bolehkah transformasi dunia seni negara dicapai menjelang 2050 sekiranya warga seni kehilangan seni, arah, waras dan kemahiran.


Dalam insiden yang rakaman videonya tersebar meluas di media sosial itu jelas menunjukkan kejadian itu langsung tidak berkaitan dengan Perdana Menteri.

David Teo meninggikan suara bukan kerana berbeza pendapat tentang TN50 atau Najib, sebaliknya mempertikaikan Rosyam kerana tidak memilihnya untuk mengajukan soalan.

Luahan rasa tidak puas hati David Teo secara lantang keatas Rosyam menimbulkan rasa marah Mat Over kerana kelakukannya dianggap tidak menghormati majlis yang dihadiri pemimpin tertinggi negara. – MYNEWSHUB.CC 

Kategori