Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

IKEA Malaysia Tarik Balik...

KUALA LUMPUR - IKEA Malaysia telah menarik balik dua jenis bar cokelat gelap...

Seorang Lagi Guru Lapor...

PETALING JAYA - Polis menerima dua lagi laporan polis terhadap pendakwah selebriti berusia...

Lelaki Warga Asing Pecah...

KOTA TINGGI - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes...

Ayam Tanpa Kepala Masih...

ANEH... Seekor ayam tanpa kepala bertahan hidup selama lebih seminggu dan kini dijaga...

Panglima Satu Divisyen Berbuka Puasa Bersama

SERIKIN – Sempena menyambut bulan Ramadan, Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw menghadiri majlis berbuka puasa bersama Anggota Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) bertempat di Kem JPG Serikin malam tadi.

Majlis itu diadakan bagi menghargai jasa yang dicurahkan oleh anggota pasukan itu dalam melaksanakan operasi di sepanjang bulan Ramadan.

Stephen ketika berucap dalam majlis tersebut meminta agar semua warga tentera yang bertanggungjawab bertugas di sempadan sentiasa melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan sentiasa memastikan keselamatan sempadan dijaga dengan baik terutama sekali menjelang musim perayaan.

Beliau turut mengucapkan taniah kepada 4 KAD kerana berjaya menggagalkan beberapa cubaan penyeludupan barang-barang kawalan, makanan dan kenderaan curi, keluar menggunakan laluan lorong tikus yang berlaku di sekitar kawasan tanggungjawab dan beliau berharap agar 4 KAD dapat mengekalkan kecemerlangan dan terus melaksanakan tugas operasi ini dengan jayanya.


Sebelum berbuka puasa Stephen turut berkesempatan melihat pelaksanaan kawalan masuk sempadan Malaysia – Indonesia, iaitu di satu daripada kawasan tanggungjawab 4 KAD.

Turut serta dalam majlis itu Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin, Pegawai Memerintah Rejimen ke-4 Kor Armor Diraja Kolonel Mohd Nizam Masri dan Ketua Kompeni B TNI pos Jagoi Bambang Inf TNI Sil Suandi. – BERNAMA

Kategori