Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Perdana Menteri Bentang Bajet...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan...

62 Pekerja Kontrak Nyaris...

KLANG - Seramai 62 pekerja kontrak nyaris maut apabila siling bangunan lama runtuh...

Tak Sengaja Wanita Tembak...

BERGURAU tidak bertempat, seorang wanita, Cassandra Damper ditahan oleh pihak polis kerana menembak...

Kapal tangki Jerman ditahan...

LUMUT : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah kapal tangki yang...

PAS Kelantan Utamakan Kondo Berbanding Masjid?

KUALA LUMPUR – Kerajaan PAS Kelantan didakwa telah hilang kompas akhlak dan konsep Merakyat Membangun Bersama Islam kerana lebih mengutamakan projek pembinaan kondominium berbanding membesarkan Masjid Telipot di Kota Bharu, Kelantan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Husam Musa berkata, kerajaan PAS Kelantan mengadakan majlis pecah tanah projek kondominium berhampiran masjid itu pagi ini sedangkan penduduk di situ membantah dan mencadangkan tapak itu digunakan untuk pembesaran masjid berkenaan.

“Adakah kondo di atas lot bersebelahan masjid lebih aula dari pembesaran masjid? Adakah projek komersial bermatlamatkan keuntungan lebih diutamakan dari pembesaran masjid?

“Bantahan penduduk telah tidak diambil kira. Menggambarkan kerajaan yang ada tidak mengikut prinsip Islam yang mengutamakan permesyuaratan dan mendengar pandangan kedua pihak-pihak yang terlibat seperti yang dikehendaki oleh Islam,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Husam turut mendakwa Jawatankuasa Penduduk di kawasan Masjid Telipot sebenarnya bercadang membuat kutipan derma untuk membayar harga tanah setimpal dengan nilai pasaran.


Justeru, beliau memaklumkan akan membantu penduduk kawasan terlibat untuk mendapatkan pandangan undang-undang bagi membantu penduduk mengambil tindakan bersesuaian bagi mempertahankan hak mereka mendapatkan lot berkenaan bagi pembesaran Masjid Telipot.

“Semoga Allah membantu. Semoga syiar Islam dapat ditinggikan dari ketamakan kepada habuan material secara terang atau tersembunyi,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori