Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

SKMM Rampas 11 Parabola...

GEORGETOWN - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menahan 11 nelayan dan merampas...

QZ8501: Jabatan Penerangan Akan...

KEMAMAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata beliau...

‘Usain Bolt Malaysia’ Pecah...

PELARI yang diberi jolokan ‘Usain Bolt Malaysia’, Azeem Fahmi terus cemerlang pada Kejohanan...

2 Suspek Kes Dera...

SUNGAI PETANI - Seorang ibu dan teman lelakinya yang merupakan suspek utama kes...

PAS Pelawa Mahfuz Hadir Usrah

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak perlu menjadi jurucakap DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau Parti Amanah Negara (PAN) berkenaan kedudukan PAS dalam kerajaan Selangor.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, Mahfuz wakil rakyat PAS yang sangat ketara pro-Pakatan Harapan perlu memahami ketetapan PAS memutuskan hubungan dengan PKR berdasarkan pertimbangan maslahah dan mafsadah.

“Keputusan ini dibuat dengan dasar syariat, serta menjadi keputusan kolektif dan bukannya hawa nafsu. Penjelasan tersebut telah pun dinyatakan berulang kali dan parti tidak perlu mensyarahkannya lagi.

“Ia menunjukkan parti sentiasa berpijak di bumi nyata dengan realiti semasa tanpa menggadai prinsip. Adalah datuk dipelawa hadir ke usrah untuk mendapat keterangan lanjut agar difahami semasaknya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohamed Sukri berkata, Mahfuz wajib mengetahui saluran untuk menyatakan pendapat termasuk berbeza pandangan dengan barisan pimpinan partinya sendiri.

Katanya, Ahli Parlimen Pokok Senan itu juga wajib akur dan mematuhi disiplin dan adab berorganisasi jika bertegas masih mahu menjadi ahli PAS.


“Jika tidak, datuk hanya sekadar melafaz di mulut sebagai ahli PAS, tetapi menjanggalkan diri untuk berada di rumah sendiri. Soal kepatuhan dan ketaatan inilah yang sering datuk sebut ketika berada di saf kepimpinan dahulu,” ujarnya.

Justeru, beliau menyifatkan sikap Ahli Parlimen Pokok Sena itu sekadar menzahirkan dirinya seperti sesumpah serta makan keliling dan PAS tiada masa untuk melayan omongan kosong Mahfuz.

“Kami nasihatkan ada baiknya juga difokuskan kepada tanggungjawab di parlimen yang datuk wakili sekiranya masih ‘berminat’ bertanding penggal hadapan.

“Jika datuk masih seronok sibuk mencampuri urusan rasmi parti, elok rasanya dipertimbangkan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena kerana kedudukan itu diperolehi hasil dari hak, peruntukan dan pengorbanan parti ini. -MYNEWSHUB.CC

Kategori