Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 20,000 Kertas Undi...

KUALA LUMPUR - Badan Pengawas Pemilihan Umum (Bawaslu) Indonesia mempertimbangkan untuk menangguhkan proses...

Anak Terengganu Pasang Ladam...

SETIU -  Meskipun pada awalnya bermula sebagai pekerja sambilan tetapi pengalaman selama 20...

Jerebu Semakin Pulih, Banyak...

KUALA LUMPUR - Keadaan jerebu yang melanda negara kini semakin pulih susulan semakin...

Indonesia Bakal Potong Subsidi...

JAKARTA: Berikutan kos haji yang meningkat pada tahun ini, kerajaan Indonesia dilaporkan bakal...

PAS Seru Bekas Mufti Henti Kelirukan Umat

KUALA LUMPUR – PAS menyeru Mantan Mufti Terengganu, Datuk Dr. Ismail Yahya supaya tidak terjebak dalam kalangan mereka yang cuba mengelirukan umat Islam berhubung Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, Ismail sepatutnya bersama-sama membantu usaha murni RUU 355 atau sekurang-kurangnya tidak mengelirukan masyarakat dengan persepsi yang dibuat akibat jahil mengenainya.

“Tujuan PAS membentangkan RUU 355 untuk memartabatkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini. Usaha yang dibuat oleh PAS ini adalah bertepatan dengan peruntukan perlembagaan sedia ada dan bersesuaian dengan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

“Sokongan para ulama, cendekiawan Islam dan orang awam serta NGO dan pelbagai badan penguatkuasa terhadap RUU355 yang diusulkan ini memperlihatkan kepentingan dan kewajarannya justeru ia tidak harus diremeh atau diperlecehkan,” kataya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ismail dalam satu forum yang memihak kepada Pakatan Harapan yang dihoskan oleh Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Syed Ibrahim Syed Noh semalam menempelak PAS dan mengecam RUU 355.

Menurut beliau, RUU 355 hanya memberi tumpuan kepada undang-undang jenayah sedangkan syariah hubungan antarabangsa, akhlak, ibadah, perkahwinan dan muamalat.

“Tanya diri anda adakah meningkatkan hukuman untuk jenayah satu-satunya cara memperkasakan Mahkamah Syariah? Adakah keadilan benar-benar berlaku di Mahkamah Syariah?” kata Ismail seperti dilaporkan portal berita pembangkang.

RUU 355 yang dibentangkan di Parlimen bertujuan meminda akta tertentu bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk menaikkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.


Cadangan itu bagaimanapun dibantah hebat oleh parti sekular DAP dan sekutunya dalam Pakatan Harapan iaitu PKR dan Parti Amanah Negara.

DAP mendakwa cadangan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah itu bercanggah dengan dasar hak kebebasan dan menyalahi Perlembagaan Negara serta menyifatkan ia strategi halus PAS untuk melaksanakan hudud yang kuno dan zalim di Malaysia.

PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 perlu ditolak kerana ia mengelirukan dan menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia bukan beragama Islam.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut membantah RUU 355 dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci. – MYNEWSHUB.CC

Kategori