TAWAU – Parti Bersatu Sabah (PBS) kekal setia dalam Barisan Nasional (BN) dan tidak akan meninggalkan parti induk itu untuk parti pembangkang, kata Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili.
Katanya jika ada ‘cakap-cakap kosong’ mengenai PBS keluar daripada BN untuk bersama-sama parti lain, ia adalah mengarut kerana PBS akan terus berjuang dengan kerajaan sedia ada.
“BN adalah platform terbaik untuk membantu rakyat. BN ikhlas dan mempunyai rekod baik (berbuat demikian). PBS mahu berjuang bersama-sama BN untuk meningkatkan usaha (untuk rakYAT),” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Ongkili, yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, berkata kerajaan sedia ada lebih baik dan konsisten membantu rakyat dan membangunkan negara. – BERNAMA