Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Dakwaan Kes...

GEORGE TOWN - Pihak polis menafikan wujud cubaan menculik seorang kanak-kanak yang membabitkan...

Klinik Gigi Bangsar Harap...

KLINIK pergigian di Bangsar yang merawat Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi, menantu...

PM Rasmi Jambatan Batang...

SADONG JAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan...

JAKOA Tidak Lepas Tangan...

KUALA PILAH - Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) tidak pernah lepas tangan dalam...

PDRM Perlu Aset Baharu Sesuai Kepolisan Moden

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapatkan aset-aset baharu sesuai dengan keperluan kepolisan moden khasnya yang melibatkan aset seperti penggunaan dron dan Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT) yang terkini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata walaupun memahami kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan namun aset-aset yang telah cukup jangka hayat perlu ditukar dengan yang baharu sesuai dengan teknologi semasa.

“Aset-aset ini akan sampai jangka hayat dia, kita kena ganti, lupuskannya dapat aset-aset baharu ikut keperluan masa kinilah… seperti dron yang kita perlukan sekarang dalam pengawasan moden , kita perlukan cctv (kamera litar tertutup) yang baik…juga sistem yang baik… sistem imbasan muka, pengimbas nombor kenderaan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penutupan persidangan pegawai-pegawai aset PDRM di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya anggota PDRM disarankan untuk memastikan segala aset yang sedia ada dijaga dengan lebih baik dan kekal berfungsi untuk membolehkan perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas.

Terdahulu, dalam ucapannya Khalid berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 bilion kepada PDRM untuk perolehan aset baharu dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11).


Daripada jumlah itu sebanyak RM766 juta diperuntuk bagi perolehan Aset Alih dan Aset Ketara seperti perolehan empat helikopter, peralatan komunikasi dan pembangunan beberapa sistem Sistem Teknologi Informasi dan Perhubungan (ICT), bot marin, senjata generasi baharu dan lain-lain lagi.

Beliau berkata untuk perolehan Aset Fizikal sebanyak tujuh projek bernilai RM832 telah diluluskan seperti pembinaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, IPD Lawas Sarawak, IPD Jeli Kelantan, Kompleks Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Pangkalan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 10 di Sibu, Balai Polis Matang Jaya dan Balai Polis Sepauh di Sarawak.

“Selain daripada peruntukan kerajaan, PDRM turut memperoleh aset-aset hasil sumbangan daripada syarikat korporat, NGO (badan bukan kerajaan) dan pihak-pihak tertentu. Antara aset yang disumbangkan adalah kenderaan, perabot dan senjata api,” katanya. – BERNAMA

Kategori