Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiada Dalam Manifesto, BN...

BAGAN DATUK : Pelantikan tiga Timbalan Perdana Menteri (TPM) tetap menjadi tawaran Barisan...

SJKT Kekurangan Guru Subjek...

SEPANG – Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata sekolah jenis kebangsaan...

Tuduhan PM Guna Dana...

KUANTAN - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan tuduhan...

Mahathir Seru Akhiri Krisis...

NEW YORK - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat seruan yang...

Pekerja Hotel Diculik Lelaki Pura-Pura Jadi Pelanggan

SEBUAH rakaman video memaparkan seorang gadis diculik beberapa lelaki di sebuah Hotel Regalia Resident, Kuala Lumpur kini menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian 10.30 malam tadi, mangsa yang merupakan pekerja hotel dilaporkan diculik di tempat parkir di luar kawasan bangunan hotel tersebut.

Menurut sumber yang memuat naik video ini, Adrian Ismail, ketika kejadian mangsa pergi ke tempat parkir tersebut bersama-sama seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk memberikan kad akses tempat letak kereta.

Bagaimanapun, setibanya mangsa di kawasan tersebut dia didatangi dengan dua lelaki lain yang kemudian mengheretnya masuk ke dalam sebuah kereta Alza berwarna putih.

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu melarikan diri ketika beberapa suspek cuba menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dia ditangkap dan diheret oleh seorang lelaki.


Baru dimuat naik beberapa jam, video ini telah dikongsi lebih 21,000 netizen di laman Facebook.

Sementara itu, bos kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lenny memaklumkan, dia menyedari kehilangan pekerjanya itu apabila gadis itu tidak pulang-pulang kembali tempat kerjanya sekali gus gagal dihubungi.

Tambahnya, dia cuba menghubungi pelanggan yang mahu menempah hotel berkenaan, namun tidak dijawab.

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Kategori