Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kanak-Kanak 12 Tahun Dijangka...

KUALA LUMPUR - Golongan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas dijangka boleh...

“England Usah Malu” –...

BANGGA... Putera William berkata, beliau berbangga dengan pasukan England kerana mereka telah "mencipta...

Pemuda UMNO Batal Lapor...

KUALA LUMPUR – Sama ada memang betul wujud atau sekadar dengar cakap, tindakan...

DAP Terbukti ‘Dalang’ Penyebar...

KUALA LUMPUR - DAP terbukti dalang utama yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu (fake...

Pekerja Kolam Udang Maut Kena Renjatan Elektrik

PARIT BUNTAR – Seorang pekerja kolam udang dan ikan maut selepas terkena renjatan elektrik di kawasan kolam itu di Parit Sungai Melan, di Kuala Kurau, dekat sini hari ini.

Mangsa Mohamad Hafis Ismail, 28, dari Parit Mat Ali, di sini, dikatakan terjatuh dan tersembam di atas wayar elektrik pada pukul 12 tengah hari dan disahkan meninggal dunia ketika dibawa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Kurau.

Menurut rakan sekerja mangsa, Liang Kok Chin, 22, mangsa sedang melakukan kerja di kolam terbabit dengan dua rakannya dan dikatakan tergelincir sebelum tersembam di atas wayar elektrik yang ada di situ.

“Sewaktu melihat dia terjatuh dan tidak sedarkan diri, saya dan beberapa rakan lain cuba menyelamatkannya namun terkejut apabila mendapati masih terdapat aliran elektrik pada badannya dan kami turut terkena renjatan itu.

“Saya kemudian mengarahkan rakan menutup suis utama dan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Kuala Kurau untuk mendapatkan rawatan dan sebaik tiba di klinik itu, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas di sana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Liang berkata mangsa baharu bekerja tidak sampai dua bulan di situ dan merupakan seorang pekerja yang rajin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt. Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk dibedah siasat .


Bapa mangsa, Ismail Basri, 70, ketika ditemui pemberita berkata anak keempat daripada enam beradik itu menunjukkan sikap berbeza sehari sebelum kejadian.

“Malam sebelum kejadian, arwah menunjukkan kelakuan begitu gembira dan sempat membuat satu jag minuman untuk dihidangkan kepada rakan-rakan sekampung.

“Selain itu, pagi ini dia bangun awal dan pergi ke tempat kerjanya seawal 7.30 pagi berbanding hari biasa iaitu pukul 8.30 pagi,” katanya.

Ismail berkata jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Mat Ali, Kuala Kurau pada pukul 10 pagi esok. – BERNAMA

Kategori