Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tabung Haji Buat Laporan...

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menafikan tuduhan agensi itu memberi jaminan...

Presiden PAS Jawab Mengapa...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menjawab...

Anwar Diberi Peluang Jumpa...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan...

VPATM Mahu Kerajaan Segera...

PERSATUAN Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) cawangan Perlis menggesa kerajaan pusat segera mengumumkan...

Pelajar Dakwa Ditipu Beli Telefon Pintar Klon

SEREMBAN – Seorang pelajar kerugian hampir RM1,000 apabila ditipu penjual telefon bimbit di sebuah premis di pusat beli-belah di sini.

Pelajar itu yang hanya ingin dikenali sebagai Jaya, 18, mendakwa dia ditipu sebanyak dua kali apabila membeli telefon bimbit jenis Samsung J5 berharga RM890 yang dipercayai merupakan telefon klon, dan diberi telefon lain sebagai ganti, juga dipercayai merupakan telefon klon.

“Pada 12 April lepas, saya beli telefon jenis Samsung J5 dengan harga RM890 tetapi seminggu kemudian ia rosak dan tidak boleh ‘on’. Saya pergi ke kedai lain untuk tanya masalah telefon saya tetapi peniaga itu menyatakan telefon saya telefon klon,” katanya.

Jaya berkata dia kembali semula ke premis di pusat beli-belah berkenaan dan setelah memberitahu masalah telefon itu, peniaga terbabit berkata dia boleh membaiki telefon itu dengan bayaran RM60 dan pelajar itu bersetuju.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, ketika pergi semula ke kedai itu untuk mengambil telefonnya, pelajar itu berkata dia diberi semula telefonnya dalam keadaan skrin retak.

“Peniaga itu kemudiannya menawarkan saya telefon lain sebagai ganti iaitu Samsung J7 Prime dengan membayar RM35. Tetapi sekali lagi saya sedar ditipu apabila mahu membeli casing yang saiz telefon bimbit saya tidak sama dengan saiz sebenar casing,” katanya dalam sidang media susulan pemantauan ke atas premis berkenaan oleh Gabungan Memartabatkan Pejuang Negara (GMPN) di sini, hari ini.


Jaya berkata dia kemudian membuat semakan dengan Samsung berhubung ketulenan kedua-dua telefon bimbit berkenaan, dan apabila disahkan ia telefon klon, pelajar itu membuat laporan polis pada 22 Mei lepas untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Presiden GMPN Mejar (B) Razali Zakaria berharap pihak Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan tribunal tuntutan pengguna mengambil tindakan berhubung kejadian ini.

“Dalam masa tiga hari jika pihak peniaga tidak memberi telefon original kepada pelajar ini, saya akan bawa perkara ini ke pihak KPDNKK,” katanya. – BERNAMA

Kategori