Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Bekalan Air Pulih Sepenuhnya...

KUALA LUMPUR - Kesemua 463 kawasan di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya...

Harga Minyak, Saham AS...

KUALA LUMPUR - Pemulihan harga minyak serta peningkatan semalaman pasaran Amerika Syarikat (AS)...

Peguam Wakili Rosmah Sangkal...

Sebuah firma guaman yang mewakili Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan...

Nabila Huda Sekolahkan Netizen...

FOTO aktres berbakat Nabila Huda memakai skaf di kepalanya bersama busana yang mendedahkan...

Pelajar Dibuli, Diseksa Minum Racun Meninggal Dunia

SEREMBAN – Setelah seminggu bertarung nyawa, seorang pelajar tingkatan tiga yang dipercayai dibuli dan dipaksa minum racun oleh sekumpulan pelajar lain akhirnya meninggal dunia, malam tadi.

S Pravin, 15, menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 8.30 malam di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Berita kematian pelajar malang itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin.

Terdahulu, mangsa dilaporkan muntah dan mengadu sakit perut kepada bapanya sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Nilai lalu dirujuk ke HTJ.

Mangsa dipercayai telah dibuli oleh sekumpulan pelajar gara-gara menegur mereka sedang menghidu gam di Pekan Nilai, Rabu lalu.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, sekumpulan pelajar berkenaan yang berang akibat ditegur telah bertindak memegang kaki dan tangan mangsa sambil menuang cecair racun serangga ke dalam mulut mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

Kategori