Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bayi Masih Bertali Pusat...

SEORANG wanita yang sarat mengandung menggantung dirinya sehingg mati dalam satu kejadian di...

Jangan Nak Sangat Jadi...

KUALA LUMPUR - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar pengendali laman...

Pengarah Di KPM Dilapor...

PENGARAH Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Zaidi Yazid yang dilaporkan...

Polis P. Pinang Jangka...

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menjangkakan penambahan lebih 50,000 kenderaan masuk ke negeri...

Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan 2017

PUTRAJAYA – Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017 telah bermula 22 Mei 2017 sehingga 31 Mei 2017 serentak di seluruh negara. Skim ini MULA DIPERKENALKAN PADA TAHUN INI berdasarkan maklumbalas yang diterima dari pengguna mengenai kenaikan harga barangan jualan dan makanan pada tahun-tahun lepas.

Antara barangan yang menjadi kawalan bagi SKHBR 2017 ialah:

-Kacang Tanah
-Kacang Hijau
-Telur Ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji)
-Telur Ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
-Telur Ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
-Kelapa Biji
-Kelapa Parut
-Gula Pasir Putih bertapis kasar
-Gula Pasir Putih bertapis halus
-Tepung Gandum (kegunaan am)

Skim ini telah dilancarkan oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 19 Mei 2017 yang lepas.

Dalam pemantauan pegawai-pegawai Penguatkuasa KPDNKK di seluruh negara mendapati ada peniaga yang tidak meletakkan tanda harga berwana merah jambu pada barang-barang kawalan tersebut dan mereka menjual mengikut harga biasa. Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mendapat maklumat atau tidak sedar tentang pelaksanaan SKHBR 2017 ini. Sehubungan itu, kenyataan media ini adalah sebagai peringatan kali ke-2 dan terakhir kepada peniaga untuk mengelakkan pihak Penguatkuasa mengeluarkan notis amaran atau mengenakan kompaun ke atas peniaga yang melanggar pelaksanaan SKHBR 2017 ini.


Sumber : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : LUQMAN HAKIM ABD MALIK
Ketua Komunikasi Korporat KPDNKK
Tel : 03-88825563
Emel : [email protected]

– BERNAMA

Kategori