Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sarah Pertaruhkan ‘Pedih’ Demi...

PERCUBAAN pendatang baharu, Sarah Suhairi mengambil keputusan untuk tangguh pelajaran jika single pertama...

Pasport Jepun, Singapura, Korea...

LONDON - Jepun, Singapura dan Korea Selatan masing-masing berkongsi di kedudukan teratas dalam...

Video: Saja Nak Cuba...

KOTA BHARU - Tular menerusi media sosial mengenai video tiga pelajar perempuan di...

Saiz Stesen, Kapasiti Tren...

PUTRAJAYA - Saiz stesen dan kapasiti kereta api Transit Aliran Ringan 3 (LRT3)...

Pelan TN50 Corak Hasrat & Kehendak Masyarakat

KENINGAU – Kerajaan mengambil sikap terbuka dalam merangka pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memastikan pelan pembangunan Malaysia selepas tahun 2020 dicorakkan berdasarkan hasrat dan kehendak sebenar masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.

Kurup berkata kerajaan tidak lagi mahu mengamalkan pendekatan ‘government knows best’ sebaliknya inginkan penyertaan semua lapisan rakyat untuk menyumbang ke arah pembentukan pelan TN50 itu.

“Belum pernah ada mana-mana pemimpin Malaysia yang bersikap terbuka dalam menyusun atur dasar negara dan memberi kepercayaan begitu tinggi kepada masyarakat umum untuk bersama-sama merencanakan pelan pembangunan nasional yang bersifat jangka panjang.

“… kita harus berterima kasih kepada pucuk pimpinan negara (Datuk Seri Najib Tun Razak) atas kepercayaan yang diberikan,” katanya ketika menjadi fasilitator Siri Dialog Transformasi Nasional (TN50) peringkat Pedalaman Atas 2017 di sini hari ini.

Kurup yakin gerakan besar-besaran di peringkat akar umbi dalam membentuk pelan TN50 berkenaan juga boleh melonjakkan lagi semangat patriotisme, rasa pemilikan dan kebertanggungjawaban rakyat Malaysia terhadap negara ini.


“Kestabilan politik, pembangunan ekonomi dan perpaduan masyarakat yang tidak ditunjangi dengan semangat patriotisme adalah pembangunan yang tidak bernilai dan menyamai permainan ‘zero-sum game’,” katanya.

Justeru kata Kurup, rakyat harus meneguhkan kesetiaan terhadap tanah air kerana hanya dengan cara itu ,sebarang dakyah anasir-anasir luar yang sentiasa cuba meracuni pemikiran rakyat akan dapat ditangkis.

Mengenai siri dialog itu, Kurup berkata pelan TN50 merupakan agenda pembangunan nasional bagi tempoh tiga dekad akan datang dan bakal melakar sejarah menjadikan Malaysia sebagai contoh perpaduan masyarakat majmuk di peringkat antarabangsa. – BERNAMA

Kategori