Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peniaga Dipenjara 6 Bulan...

KUALA LUMPUR - Seorang peniaga ayam goreng dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah...

Cuaca Panas: Esok Keputusan...

KOTA BHARU - Kementerian Pendidikan akan membuat keputusan esok sama ada sekolah di...

Netizen Kecam Rita Ajar...

BUAT itu salah, buat ini pun salah. Apalah nak jadi dengan netizen ni...

Diikat Di Pokok Lepas...

SUNGAI PETANI - Penduduk yang marah dengan tindakan seorang lelaki curi coli dan...

Pelumba Maut Nahas, Cub Prix Kemaman Batal

KEMAMAN – Juara kelas perdana Perlumbaan Cub Prix 2005 dan 2011, Norizman Ismail maut selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh satu, semasa sesi ujian masa kategori CP150 di Bandar Baru Kijal di sini, hari ini.

Allahyarham yang mewakili pasukan ONEXOX TKKR Racing, terlibat dalam kemalangan itu kira-kira pukul 3.50 sebelum marshal dan paramedik memberikan rawatan segera selepas bendera merah dikibarkan pada pukul 3.52 untuk menghentikan sesi itu.

Persatuan Automobil Malaysia (AAM) dalam kenyataannya di ibu negara berkata, allahyarham Norizman disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 4.50 petang.

“Norizman dibawa menaiki ambulan ke unit trauma untuk menerima rawatan segera sebelum dibawa ke hospital dengan mesin sokongan hayat dan pasukan perubatan penuh. Pihak hospital telah melakukan usaha terbaik namun beliau gagal diselamatkan,” kata kenyataan itu.

Allahyarham memulakan karier dalam perlumbaan Cub Prix pada 2004 dan bergelar juara kelas perdana sebanyak dua kali pada 2005 dan 2011.


Berikutan insiden itu, penganjur Safe Aim Mutual Sdn. Bhd. selepas mengadakan perbincangan bersama pasukan-pasukan dan semua pelumba, memutuskan untuk membatalkan perlumbaan yang dijadualkan hujung minggu ini sebagai tanda hormat ke atas kematian Allahyarham. – BERNAMA

Kategori