Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Isu Pengambilalihan SPLASH Hangatkan...

SHAH ALAM - Isu pengambilalihan syarikat konsesi air, Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn....

Lana Nodin Sah Bergelar...

PELAKON yang popular dengan jolokan 'Pamela Anderson Malaysia', Lana Nodin selamat bergelar isteri...

Kemaskini Pangkalan Data Kontraktor...

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan mengemaskini sistem pangkalan data sebagai usaha memastikan...

Gabungan PAS-UMNO Resipi Terbaik...

ALOR SETAR - PAS Kedah menyokong sepenuhnya gambaran awal Presiden PAS, Datuk Seri...

Pemimpin Pembangkang Perlu Dedah Kerakyatan

KUALA LUMPUR – Tindakan pemimpin pembangkang merahsiakan status pemilikan dua kewarganegaraan merupakan satu tindakan yang memalukan dan menghina Perlembagaan Negara.

Ahli Dewan Negara, Datuk Fahariyah Nordin berkata, pemimpin pembangkang yang memilik dua kewarganegaraan pastinya sukar untuk bersikap patriotik, malah tidak menghormati undang-undang negara.

Justeru, beliau mendesak setiap pemimpin pembangkang supaya membuktikan taat setia kepada negara dan mengesahkan mereka cuma warganegara Malaysia.

“Masyarakat terkejut dengan pelucutan kelayakan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon pada 12 Mei lalu selepas didapati memiliki dua kewarganegaraan.

“Pasti timbul persoalan berapa ramaikah sebenarnya pemimpin pembangkang yang mempunyai dua kewarganegaraan kerana umum mengetahui ramai pemimpin pembangkang mempunyai hubungan istimewa dengan negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahariyah menegaskan, pemimpin pembangkang sebagai rakyat Malaysia perlu menyanjung tinggi dan memuliakan negara ini dan bukannnya memperdagangkan kesetiaan dengan begitu hina.


Pada 12 Mei lalu, DUN Sarawak meluluskan usul melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai wakil rakyat dari DAP kerana mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Malaysia dan Australia.

Perkara itu menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia kerana pemimpin DAP didapati memiliki kerakyatan negara lain sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kesetiaannya kepada negara. -MYNEWSHUB.CC

Kategori