Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SSM Promosi Usahawan Online...

TIDAK ramai sedar, kehidupan seharian kita selama ini telah banyak dipermudahkan dengan pelbagai...

YDPA Berangkat Ke Mesyuarat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V hari ini menghadiri Mesyuarat...

Unit K9 Digunakan Bagi...

HULU TERENGGANU - Usaha mengesan seorang warga emas yang hilang di kampung Tengkawang...

Kerajaan Berhubung Dengan 10...

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu kerajaan telahĀ berkomunikasi dengan 10...

Pemimpin PKR Kata Anggota KPDNKK Sabah Bodoh

KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu ghairah berpolitik, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Ahmad Nizam Hamid sanggup mengeluarkan kenyataan biadap keatas anggota penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sabah.

Beliau mendakwa kononnya kejayaan KPDNKK Keningau di Sabah mematahkan cubaan menyeludup keluar barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak paket dan tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM15,500 ke sebuah negara jiran baru-baru ini satu lawak dan satu kebodohan.

“Bagaimanakah agaknya penyeludup itu boleh terlepas lari? Lawak apakah yang cuba dilakukan oleh KPDNKK? Kepada siapa hendak tipu?

“Pada permulaannya adalah satu kejayaan tetapi akhirnya adalah satu kebodohan. Berkemungkinan kes penyeludupan ini tidak akan berakhir dan akan lebih giat dilakukan kerana dalang penyeludup gagal ditangkap,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Nizam memperlekehkan kegagalan pihak berkuasa tersebut memberkas dalang penyeludupan barang bersubsidi itu walaupun selepas tiga hari melakukan risikan oleh pegawai dan anggota penguatkuasanya.


“Bukankah risikan sudah dibuat, sudah tentu KPDNKK sudah mempunyai segala maklumat modus operandi sindiket barangan bersubsidi berkenaan. Jangan hanya sekadar nilai hasil rampasan saban tahun dihebohkan tetapi hasil tangkapan amat mendukacitakan,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori