Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Pemalsuan Dokumen...

JOHOR BAHRU - Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku...

Kerajaan Diminta Elak Al...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini diminta memantau secara menyeluruh penyebaran akhbar digital,...

Kerajaan Cadang Wujud Bandar...

KUANTAN - Kerajaan bercadang untuk mewujudkan bandar perikanan di dua atau tiga buah...

Pengundi Malaysia Tak Setuju...

SHAH ALAM - Kajian Merdeka Center mendapati pengundi di negara ini tidak bersetuju...

Penari Cuba Raba Penyanyi Di Atas Pentas Dikecam

SEBUAH stesen televisyen di Itali telah mencetuskan kontroversi apabila menyiarkan gurauan keterlaluan di mana seorang penari lelaki telah meraba seorang penyanyi ketika di atas pentas.

Stesen Televisyen Canale 5 telah menyiarkan program di mana penyanyi pop, Emma Marrone berulang kali diganggu oleh penari latarnya yang turut meramas punggung dan payu daranya.

Ia menyebabkan Emma berada tidak selesa. Dia dilaporkan telah memberitahu produksi bahawa tindakan penari latar itu bukan satu tarian dan dia tidak boleh menyanyi apabila disentuh sedemikian rupa.

Penari Cuba Raba Penyanyi Dikecam

Emma turut menolak penari berkenaan dan pada saat itu barulah penerbit rancangan berkenaan telah mendedahkan bahawa ia merupakan satu gurauan.


Namun akhbar utama Itali menyifatkan gurauan itu keterlaluan apatah lagi ia menyebabkan ketidakselesaan dan kemarahan penyanyinya.

Senada dengan akhbar Itali ialah pertubuhan wanita Non Una Di Meno yang menganggap perbuatan itu akan mengalakkan golongan muda percaya bahawa penderaan dan keganasan ke atas wanita adalah perkara biasa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori