Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lagi Sirap Ubat Batuk...

NEW DELHI : Pengawal selia ubat India mendapati sirap ubat batuk dan sirap...

DAP Musuh Allah Yang...

KUALA LUMPUR - PAS menolak kerjasama dengan DAP kerana DAP menolak penyelesaian yang...

Kastam Buru Dalang Jual...

PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meningkatkan penguatkuasaan untuk memburu dalang jual...

RM9.7 Bilion Sudah Dibelanjakan...

PETALING JAYA - Mass Rapid Transit Corp (MRT Corp) membelanjakan RM9.7 bilion bagi...

Pendaki Kedekut Kena Denda 2 Kali Ganda

SEORANG lelaki Afrika Selatan yang cuba mendaki Gunung Everest sendirian dan tanpa permit, diarahkan turun dari gunung berkenaan, kata seorang pegawai Nepal semalam di Kathmandu.

Selain itu, pasport warga asing itu turut dirampas serta dikenaka denda sebanyak AS$22,000 (RM95,400).

Ryan Sean Davy, 43, memberitahu pegawai di kem induk dia sempat memanjat sendirian hingga ke kem dua setinggi 6,400 meter untuk menyesuaikan diri lebih awal sebagai persediaan naik ke puncak sebelum ditangkap.

Pelancong asing perlu membayar AS$11,000 (RM48,000) kepada kerajaan Nepal untuk mendapatkan kebenaran mendaki puncak setinggi 8,848 meter yang juga sumber pendapatan utama bagi negara miskin itu.

“Saya melihat dia bersendirian berhampiran kem induk, jadi saya mendekatinya tetapi dia cuba melarikan diri.

“Kemudian saya bersama rakan mengekorinya dan mendapati dia menyembunyikan diri di sebuah gua berhampiran.

“Dia mendirikan khemah di satu tempat tersembunyi untuk mengelak ditemui pegawai kerajaan,” kata pegawai perhubungan kerajaan di kem induk itu, Gyanendra Shresth.


Perkara seumpama itu jarang berlaku kerana kebanyakan pendaki memerlukan bantuan Sherpa dan sepasukan kumpulan sokongan yang besar di kem induk.

Tindakan Davy itu menyebabkan dia boleh dihalang daripada memasuki Nepal selama lima tahun atau berdepan 10 tahun larangan mendaki.

Menurut Shresth, mereka turut merampas pasport dan memintanya kembali ke Kathmandu untuk mendapatkannya selain didenda AS$22,000 dua kali ganda kos permit. – AFP/myMetro Online

Kategori