Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peluru Berpandu Balistik: PBB...

PERTUBUHAN Bangsa Bersatu (PBB) mengecam tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik pada...

PLSB Sungai Golok Gagal...

GEORGETOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa kejadian banjir besar yang melanda...

Pesawat Ringan Terhempas Di...

CAMERON HIGHLANDS - Sebuah pesawat ringan terhempas berhampiran sebuah tokong di Tringkap, di...

Ronaldinho Bakal Tubuh Akademi...

SINGAPURA - Bintang sensasi Piala Dunia FIFA 2002 Korea Selatan/Jepun, Ronaldinho Gaucho dari...

Penduduk Setinggan Buntong Terima Lot Kediaman RPT

IPOH – Sebanyak 133 penduduk setinggan di Buntong telah menerima lot kediaman di bawah projek Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) di Bemban, Batu Gajah, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata kerajaan persekutuan telah meluluskan sebanyak RM5 juta bagi menyediakan pelbagai kemudahan asas dan infrastruktur yang lengkap bagi menjamin keselesaan rakyat di kawasan projek berkenaan.

“Bagi mereka yang sudah memperolehi tapak rumah seluas kira-kira 4,000 hingga 4,600 kaki persegi itu, mereka boleh terus membina rumah tersebut di atas tanah yang diberikan. Pemberian hari ini melibatkan penerima-penerima fasa pertama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan surat tawaran lot kediaman RPT Bemban kepada penduduk setinggan Buntong di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Zambry berkata RPT Bemban seluas 10 hektar itu terletak di kawasan yang mempunyai potensi besar untuk maju kerana ia terletak dalam kawasan bandar Seri Iskandar yang sedang pesat membangun.


“Pemberian lot kediaman ini bukan soal setinggan semata-mata tetapi lebih kepada penempatan semula kerana kerajaan negeri inginkan rakyat berasa selesa dengan kemudahan yang disediakan dengan berlakunya penambahan penduduk,” kata menteri besar.

Seorang daripada penerima tanah lot itu, T.Chellamah, 59, berkata dia berasa amat gembira kerana selepas lebih 30 tahun menanti, impiannya untuk memiliki tanah untuk membina sebuah rumah telah tercapai .

Terdahulu, Zambry turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada 112 pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan kerajaan negeri pada majlis di Dewan Bankuet di bangunan sama. – BERNAMA

Kategori