Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

IWK Mohon Maaf, Tersalah...

KHILAF... Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. memohon maaf susulan kecuaian syarikat itu baru-baru...

Wanita Maut Kepala Digilis...

TUMPAT: Seorang wanita maut digilis tayar belakang sebuah lori milik pihak berkuasa tempatan...

EPL: Gol Giroud Bantu...

MANCHESTER - Pemain gantian, Olivier Giroud, menyempurnakan cubaan pertama Arsenal ke sasaran pada...

Tak Sempat Ke Makkah,...

KUALA LUMPUR - Seorang bakal jemaah haji dari Kuala Nerang, Kedah, meninggal dunia...

Penerbangan D7 377 AirAsia X Alami Golakan Teruk

PUTRAJAYA – Lima penumpang cedera selepas pesawat AirAsia X menghadapi golakan semasa dalam penerbangan dari Taipei ke Kuala Lumpur, semalam.

AirAsia X dalam satu kenyataan yang mengesahkan kejadian itu berkata penerbangan D7 377 itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antararbangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada pukul 4.30 pagi Khamis.

AirAsiaX berkata 11 kru dan 291 penumpang berada di dalam pesawat A330-300 itu.

“Lima penumpang yang cedera dirawat oleh anggota paramedik di lapangan terbang selepas pesawat itu mendarat. Kesemua penumpang lain diberi perhatian dan bantuan yang diperlukan oleh kakitangan syarikat di lapangan terbang,” katanya.

Sebuah video berdurasi 1.45 minit menunjukkan keadaan tegang dialami kru kabin apabila pesawat itu mengalami golakan, dimuat naik ke laman media sosial. – BERNAMA

Kategori