Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Kenali Zukieee Mampu Kaya...

NAMA Zukieee atau nama sebenar, Zulkifli Muhammad yang terkenal di media sosial dengan video-video...

UPSR Diganti Pentaksiran Berasaskan...

PADANG TERAP - Kementerian Pendidikan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan untuk...

Guan Eng Lebih Tahu...

PETALING JAYA - Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal mengapa Menteri...

Malaysia Kian Hampiri Sasaran...

JAKARTA - Atlet para Malaysia hari ini meraih dua lagi pingat emas pada...

Penerbangan MAS Dari KL Ke Perth Ditunda

KUALA LUMPUR – Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH127 yang sedang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di (KLIA) Sepang menuju ke Perth Australia tidak meneruskan penerbangan kerana disyaki sebuah tayar pesawat itu pecah.

MAS dalam satu kenyataan di dalam Facebook dan Twitternya berkata bagi menjaga keselamatan penumpang, kapten penerbangan membuat keputusan untuk tidak terus berlepas.

Oleh kerana ini MH127 akan beroperasi sebagai MH127D dan berlepas dari KLIA pada pukul 7 pagi 22 Mei dan dijangka tiba di Perth pada pukul 12.50 tengah hari pada hari yang sama. Penerbangan balik, MH126 akan beroperasi sebagai MH126D berlepas dari Perth pada pukul 1.30 tengah hari pada 22 Mei dan tiba di KLIA pada pukul 7.20 malam hari yang sama.

Penumpang yang terlibat telah diberikan penginapan.


“Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines sepanjang waktu dan ia kesal dengan ketidakselesaan yang terpaksa diharungi penumpang. Syarikat penerbangan itu akan menyiasat insiden yang berlaku pada pesawat Boeing 738 itu,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Kategori