Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

NUTP Minta KPM Lihat...

TAIPING - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini meminta Kementerian Pendidikan (KPM)...

Mahathir Gembira Melihat Kejayaan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gembira melihat Putrajaya yang dibangunkannya...

Pemandu Ford Ranger Direman...

KLANG - Seorang penjual ikan direman selama empat hari bermula hari ini bagi...

Khazanah Lantik Pentadbir MAS...

KUALA LUMPUR - Pemegang saham tunggal Malaysian Airline System (MAS), Khazanah Nasional Berhad...

Penganggur Dipenjara 6 Bulan, Denda RM10,000

SEREMBAN – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas kesalahan memberi suapan berjumlah RM101 kepada seorang anggota sukarelawan polis, tahun lepas.

Hakim Fathiyah Idris menjatuhkan hukuman tersebut selepas Mohamad Daud Abdullah, 53, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut fakta kes, Mohamad Daud didakwa memberikan suapan itu kepada Konstabel Peh Chee Chong sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat awam bersama seorang wanita.

Dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di Jalan S2 G2 Garden Avenue, Seremban 2, di sini, pada pukul 11.20 malam, 9 Jun tahun lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.


Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Karmila Mokhtar manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan sekiranya gagal membayar denda selain wang suapan dilucut hak kepada kerajaan Malaysia. – BERNAMA

Kategori