Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Taktik Baharu Ganja Dijual...

ALOR SETAR - Pihak polis percaya mereka menemui kaedah baharu menjual ganja apabila...

Ramai Pakar ‘Mi Segera’...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pihak...

Buruh Muda Maut Dihempap...

SEMENYIH - Buruh berusia 25 tahun maut selepas dihempap timbunan kayu getah yang...

Zahid Janji Pertahan UMNO...

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan...

Pengawal Keselamatan Maut Kereta Terbabas

JOHOR BAHRU – Seorang pengawal keselamatan di Singapura maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Dalam menghala ke Pantai Lido, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.21 pagi, mangsa V Rubindranraj, 23, dari Taman Molek, di sini, maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan mangsa dipercayai dipandu laju dari arah Bangunan Sultan Iskandar (BSI) menghala ke Pantai Lido.

Katanya, kenderaan itu bagaimanapun terbabas ke jalan susur menghala ke Balai Trafik JBS menyebabkannya mengeluarkan api sebelum terbakar pada bahagian enjin.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan badan kemudian dikeluarkan oleh orang ramai, bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba,” katanya. – myMetro Online

Kategori