SAN FRANCISCO – Pengguna Gmail pada Rabu diserang menggunakan phishing bertujuan untuk melumpuhkan pembekal perkhidmatan Google, lapor agensi berita China Xinhua.
Amalan pishing yang biasa apabila serangan dilakukan dengan menghantar e-mel kepada pengguna Gmail dan penyerang berpura-pura menjadi seseorang yang dikenali.
Bagaimanapun, serangan kali ini tidak seperti amalan biasa phishing, kali ini serangan dilakukan dengan menghantar e-mel berbentuk jemputan untuk menyertai Google Doc.
Sebaik pengguna menekan pautan Google Doc dalam e-mel phishing, pengguna akan dibawa ke halaman Google.com dan kemudian diminta memberi kebenaran membolehkan penyerang akses ke akaun pengguna sekaligus dapat mengesan maklumat dan e-mel kenalan.
Dalam satu kenyataan Google berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mencegah serangan seperti itu daripada berlaku lagi.
Setakat ini tiada laporan diterima mengenai berapa ramai pengguna yang terjejas. – BERNAMA