Enjoy the benefits of exclusive reading

Looking for something?

KAHERAH – MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza bersama kira-kira tujuh tan bekalan makanan dan ubat-ubatan selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Ahad.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 11 pengamal media, lapan sukarelawan dan seorang doktor tiba di lapangan terbang itu pukul 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Naib presiden KP1M, Datuk Mohd Farid Hassan yang tiba di Kaherah sebelumnya bersama kumpulan pertama berkata bekalan berkenaan akan disimpan di Dewan Malaysia di Abbasiah, kira-kira satu jam perjalanan dari Lapangan Terbang Kaherah.

“Kami akan cuba mendapatkan pelepasan dari kargo lapangan terbang dan mengkaji sama ada kami boleh memindahkan semua bekalan dari terminal ke Abbasiah hari ini bersama tiga tan metrik bekalan yang kami bawa sebelumnya bersama kumpulan pertama di terminal,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Kumpulan pertama lapan orang tiba di Kaherah, Khamis lepas sementara baki 65 anggota misi kemanusiaan diketuai oleh presidennya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dijangka berlepas dari KLIA, Selasa ini.


Pada masa ini, Mohd Farid berkata kumpulan pengurusan KPIM di Malaysia dan Kaherah masih berusaha mendapatkan permit untuk memasuki Gaza.

Kumpulan itu merancang untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bersama 40 tan metrik bekalan makanan dan ubat-ubatan, Rabu ini.

Bantuan kemanusiaan itu adalah untuk mengurangkan penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza, yang menjadi sasaran serangan hebat oleh tentera Israel.

Setakat ini lebih 2,000 rakyat Palestin, kebanyakannya orang awam, terkorban dalam serangan itu. – BERNAMA

Tuesday, January 7, 2025

Creating liberating content

Lakonan Syahrul Ridzwan Hambar,...

PELAKON baharu popular, Syarul Ridzwan tidak melatah apabila didakwa gagal memberikan persembahan lakonan...

Inotekdesa Papar Tekonologi Bantu...

PUTRAJAYA - Ekspo Inovasi dan Teknologi Keusahawanan Desa (Inotekdesa) yang diadakan di Melaka...

Pesawah Sedih Banjir Berlaku...

ROMPIN - Para pesawah di Kampung Kurnia di sini merasa sedih kerana banjir...

Presiden Pakistan Setuju Bubar...

ISLAMABAD – Presiden Pakistan, Dr. Arif Alvi membubarkan Dewan Negara atas nasihat Perdana...

Penjawat Awam Digesa Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa

GEORGE TOWN – Penjawat awam diingatkan supaya sentiasa mempertahankan nama baik perkhidmatan dan teguh dengan prinsip menolak rasuah serta tegas menentang perbuatan salah guna kuasa yang boleh mengakibatkan ketirisan hasil negeri.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas berharap penjawat awam lebih berani untuk melaporkan usaha pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk merasuah penjawat awam di negeri ini.

“Contohilah Nabi Sulaiman yang tidak tergugat dengan sogokan kebendaan sebagai inspirasi dalam melaksanakan tugas. Baginda secara tegas menolak hadiah yang dipersembahkan oleh Raja Perempuan negeri Saba,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Kata Abd Rahman, beliau menyokong usaha kerajaan negeri Pulau Pinang memerangi rasuah dalam kalangan penjawat awam dengan mengambil tindakan tegas termasuk pembuangan kerja bagi mereka yang didapati bersalah melakukan rasuah.

Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata ketetapan bahawa Islam adalah agama rasmi perlu dihormati oleh semua pihak.

“Islam adalah agama yang berlandaskan ilmu dan untuk itu Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu dengan memberikan keseimbangan antara ilmu agama bagi memenuhi tuntutan fardu ain dengan tuntutan ilmu duniawi bagi memenuhi fardu kifayah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Al Ghazali,” katanya.


Sementara itu, Abdul Rahman berkata pengiktirafan Malaysia Book of Records yang diterima oleh Bukit Bendera bagi funikular tunggal di Malaysia dan trek funikular terpanjang di Asia merupakan kejayaan besar dalam sektor pelancongan di negeri ini.

Beliau berkata jumlah pengunjung Bukit Bendera juga mencatatkan peningkatan dengan 1.6 juta orang pada tahun lalu berbanding 1.57 juta orang pada 2015.

“Dalam hal ini, cadangan pewartaan Bukit Bendera sebagai ‘UNESCO Biosphere Reserve’ adalah bertepatan dengan usaha memulihara kawasan Bukit Bendera sebagai satu daripada warisan utama Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata kajian serta pengemaskinian maklumat berkenaan 2,557 bangunan dan 1,637 premis di kawasan penampan tapak warisan serta proses membaik pulih 220 set pelan bangunan lama berjalan lancar. – BERNAMA

Kategori