Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dua Pegawai Kanan Felda...

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Felda, seorang daripadanya bergelar 'Datuk' yang direman...

Jet Pejuang F-16 Maghribi...

RABAT - Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera udara Maghribi yang menyertai serangan...

Mangsa Banjir Meningkat 250...

KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 250 orang daripada...

R2R Dedah Israel Tahan...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan kemanusiaan Rose2Rose (R2R) mendakwa seramai 22 wanita dan 163...

Penjawat Awam Kontrak Layak Ke Jawatan Tetap

LABUAN – Penjawat awam bertaraf kontrak yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas layak diserap ke jawatan tetap selepas 31 Dis tahun ini.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kelayakan mereka untuk diserap sebagai anggota tetap adalah sejajar dengan skim perkhidmatan awam.

“Tahun lepas, kerajaan membuat keputusan bahawa penjawat awam yang masih bertaraf kontrak, dilanjutkan perkhidmatan mereka hingga 31 Dis 2017 dan mereka yang telah berkhidmat selama 15 tahun, boleh diserap sebagai pegawai tetap,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Jabatan Kastam dan Jabatan Laut Labuan di sini.

Menurut beliau, menjelang akhir tahun ini, mungkin terdapat permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan berhubung isu petugas, khususnya staf yang kontrak mereka berakhir pada 31 Dis tahun ini dan kerajaan akan membuat keputusan tentang perkara itu.

Ali berkata jumlah penjawat awam bertaraf kontrak masih kecil serta terkawal dan setakat ini, tiada peningkatan dari segi jumlahnya, manakala jumlah penjawat awam kekal sebanyak 1.6 juta sejak lima tahun lepas.


Kata Ali, beliau tidak menerima sebarang permohonan daripada jabatan dan agensi kerajaan di pulau bebas cukai ini berhubung pengambilan staf baharu.

“Dengan jumlah staf yang ada sekarang, para pegawai kastam Labuan memaklumkan kepada saya bahawa mereka masih berupaya menjalankan tugas masing-masing dan menjalankan tugas penguatkuasaan… dan saya dimaklumkan bahawa semua jawatan telah diisi.

“Saya rasa pelik sedikit kerana apabila datang ke sini, tiada permintaan daripada jabatan dan agensi kerajaan…semua menunjukkan kecemerlangan dalam tugas mereka…jadi, saya ucapkan tahniah kepada penjawat awam di sini,” kata beliau. – BERNAMA

Kategori