Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tamrin Ghafar Umum Tidak...

KUALA LUMPUR  - Tun Dr. Mahathir Mohamad berdepan dengan tugas getir untuk menyakinkan penyokong...

“Apron Jalur Gemilang Tidak...

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa rakyat di negara ini supaya menghormati Jalur...

Festival Nusantara 2014 Erat...

PETALING JAYA - Barisan artis daripada Malaysia dan Indonesia bakal berhimpun pada Festival...

Polis Tingkatkan Kawalan Keselamatan...

IPOH - Polis kini meningkatkan pemantauan dan rondaan di premis yang menyediakan kemudahan...

Penubuhan NDRC Tingkatkan Kebajikan Pemain

KUALA LUMPUR – Penubuhan ‘National Dispute Resolution Chamber (NDRC)’ tahun depan tidak akan menggantikan fungsi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain-Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Izham Ismail berkata badan bebas itu akan mengurangkan beban tugas Jawatankuasa Status berkenaan, terutama dalam menyelesaikan isu-isu kontrak pemain di negara ini.

“Penubuhan NDRC akan meningkatkan proses penyelesaian masalah mengenai kontrak pemain yang sebelum ini berada di bawah Jawatankuasa Status FAM.

“PFAM dan FAM sedang dalam proses memuktamadkan keanggotaan badan bebas ini, dan kami jangka ia akan dimuktamadkan tahun depan,” katanya.

Penubuhan NDRC adalah antara inisiatif menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara PFAM dan FAM, di sini hari ini.


Izham menandatangani MoU itu bagi pihak PFAM, manakala FAM diwakili Setiausaha Agungnya Datuk Hamidin Mohd Amin, sambil disaksikan Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail memuji usaha yang dilakukan kedua-dua pihak bagi meningkatkan kebajikan pemain bola sepak di negara ini melalui perjanjian tersebut.

“Saya berpendapat, MoU ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dan saya berharap perjanjian ini akan membuka era baharu yang akan memberi faedah kepada semua organisasi dan juga pemain bola sepak di negara ini,” kata Tunku Mahkota Johor itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PFAM

Kategori