Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Kanak-Kanak Patah Kaki Tersepit...

ALOR SETAR - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun patah kaki kanan selepas...

Rusuhan Di Kuil: Insiden...

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kejadian rusuhan di Kuil Sri...

Suri Rumah Direman 7...

Johor Bahru : Suri rumah dipercayai memukul suaminya hingga mati di Taman Daya,...

Torres Sumbang Gol Pertama...

LONDON - Ketika bersama Chelsea, Fernando Torres hanya menyumbat 20 gol daripada jumlah...

Perak Sentiasa Hargai Kesetiaan Anggota Polis

KUALA KANGSAR – Kerajaan Negeri Perak tidak melupakan semangat kesetiaan yang ditunjukkan anggota polis dalam memberikan khidmat kepada rakyat dan kerajaan, kata Menteri Besar Datuk Seri Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Ini kerana anggota beruniform itu sentiasa memberikan kerjasama dalam menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan tanpa mengira waktu, katanya.

“Apabila anggota polis tidak ada pergerakan kita dalam setiap program pemukiman menjadi tidak lancar.

Dengan pembabitan anggota polis menjadikan program pemukiman berjalan dengan lancar dan mereka menjadi salah satu pasukan penting dalam pemukiman pada kali ini,” katanya ketika berucap semasa melakukan lawatan ke kawasan perumahan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini hari ini.

Lawatan itu diadakan bersempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak yang berlangsung di Daerah Kuala Kangsar sehingga Sabtu ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ahmad Tarmizi Abdul Haq berkata lawatan Menteri Besar menunjukkan komitmen pemimpin dengan masyarakat sekeliling.

Katanya, ia sekali gus memberikan suntikan semangat kepada anggota polis dalam memastikan keamanan di daerah ini terutama dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. – BERNAMA

Kategori