Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jual Dadah Dalam Cecair...

PETALING JAYA : Lagi kegiatan sindiket penjualan cecair vape bercampur dadah dibongkarkan Jabatan...

Tedung Selar Bawah Sofa

Kuala Pilah : Seorang lelaki tidak menyangka kelibat ekor ular yang dilihat di...

Balu Lega Suspek Bunuh...

TUMPAT - Balu mangsa yang maut ditikam di tempat letak kereta Majlis Agama...

Warga AS Lahir Vietnam...

HANOI - Seorang warga Amerika Syarikat berasal dari Vietnam, antara 59 mangsa yang...

Perangi Keganasan Harus Patuhi Hak Asasi Manusia

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Dr Yousef A Al-Othaimeen menggesa strategi menangani keganasan oleh sesebuah negara harus mematuhi hak asasi manusia, pelarian dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Langkah memerangi keganasan seperti penahanan secara haram dan sewenang-wenangnya, pembunuhan di luar bidang kehakiman, latar belakang sesuatu kaum dan etnik, penempatan haram dan sebagainya memberi cabaran kepada hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan disiarkan di laman web OIC.

Beliau menegaskan langkah itu, jika berterusan dipupuk dengan penuh kecurigaan, kebencian dan diremehkan boleh menyebabkan keselamatan untuk jangka panjang semakin berkurangan serta terjejas.

“Langkah memerangi keganasan seperti itu menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan terhadap kaum tertentu, termasuk kaum minoriti dan pendatang etnik atau agama yang menjejaskan perpaduan sosial serta mengakibatkan keganasan dan fahaman radikal terlampau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan perbahasan tematik Sesi ke-11 Suruhanjaya Tetap dan Bebas Hak Asasi Manusia OIC (IPHRC) bertemakan ‘Melindungi Hak Asasi Manusia Ketika Memerangi Keganasan’ yang berlangsung di ibu pejabat OIC di Jeddah, Arab Saudi pada Selasa .


Al-Othaimeen berkata, keganasan bukan sekadar menjadi ancaman serius kepada hak rakyat untuk menjalani kehidupan dan kebebasan tetapi juga akan kekal menjadi petanda bahaya terhadap kewujudan tamadun manusia, kemajuan, kebajikan dan kestabilan dunia.

Turut hadir pada sesi berkenaan anggota dan rakan pemerhati OIC termasuk dari Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan (NHRI), pakar dari pertubuhan antarabangsa dan serantau serta pegawai kanan Sekretariat Agung OIC dan wakil media. – BERNAMA

Kategori