Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dua Suspek Geng Curi...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan dua lelaki yang dipercayai anggota geng curi motosikal...

Wee Wern Raih Gelaran...

KUALA LUMPUR - Pemain wanita negara, Low Wee Wern menamatkan kemarau gelaran 10...

Mujahid Tepis Dakwaan Syiah...

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof...

‘Grumpy Cat’ Menang Saman...

DUIT banyak tidak akan membuatkan seekor kucing popular yang diberikan nama Grumpy Cat (Kucing Perengus)...

Percaya Rezeki, Tajul Tak Dengki Aiman, Sufian

PELANTUN lagu Sedalam Dalam Rindu, Tajul Arif memberitahu dia tidak berasa cemburu walaupun sedikit terhadap Aiman Tino dan Sufian Suhaimi kerana mereka sememangnya layak mendapat sambutan hangat daripada peminat mereka.

“Kami berkawan baik, jadi tidak timbul soal cemburu atau dengki antara saya dan mereka. Ia merupakan rezeki yang sudah ditentukan kepada masing-masing.

“Saya tidak kisah dengan kejayaan mereka kerana kedua-duanya memang layak mendapat perhatian dari peminat masing-masing,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Tajul, dia perlu berusaha dengan lebih rajin untuk memastikan namanya berada bersama dengan bakat-bakat popular tersebut.

“Mungkin buat masa ini masih belum sampai rezeki saya. InshaAllah akan sampai juga masanya nanti untuk saya menjadi seperti mereka.

Aiman TIno dan Sufian Suhaimi

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukut kerana kehadiran saya diterima baik dan yang paling penting, saya ada job,” katanya lagi.

Mengulas tentang tanggapan segelintir pihak yang menganggap kejayaannya dalam bidang seni adalah disebabkan populariti abangnya, Allahyarham Achik Spin, Tajul berkata dia menganggap perkara tersebut sebagai rezeki.


“Saya kurang pasti sama ada mereka menyukai lagu saya atau mereka merupakan peminat arwah abang.

“Apa pun, saya anggap ia sebagai rezeki. Saya mempunyai bakar untuk diketengahkan,” jelasnya.

Menjawab tentang persoalan adakah dirinya juga dihimpit kontroversi bayaran seperti segelintir penyanyi baru yang meletakkan bayaran yang tinggi, Tajul berkata isu tersebut tiada kaitan dengannya kerana semua hal berkaitan bayaran diserahkan kepada pihak pengurusan. –MYNEWSHUB.CC

Kategori