Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Merajuk Dengan Isteri, Tidak...

BERAPA ramai yang sanggup membisu dan tidak bertegur sapa dengan pasangan untuk suatu...

Mayat Reput Dalam Kereta...

KAJANG - Misteri menyelubungi kes kematian seorang lelaki apabila mayatnya yang mula reput...

Sukan Jiu Jitsu Antarabangsa,...

NAMA Malaysia terus harum di persada antarabangsa apabila wakil negara, Adam Akasyah meraih...

Jaga Sensitiviti Mangsa Banjir,...

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia seharusnya menjaga sensitiviti mangsa banjir dan bukannya menyebarkan berita...

Perhilitan Tangkap Seekor Gajah Jantan Di Gua Musang

KOTA BHARU – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah jantan seberat lebih satu tan dalam satu operasi dekat Taman Wangi, Gua Musang semalam.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohd Hasdi Husain berkata tangkapan dilakukan pada pukul 5 petang di kawasan belukar berdekatan taman perumahan berkenaan susulan aduan daripada penduduk kira-kira pukul 2.45 petang.

“Gajah itu dikatakan keluar dari Hutan Simpan Gunung Rabong di sini, dan dipercayai tersesat daripada kumpulannya ketika sedang mencari makanan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Mohd Hasdi berkata tujuh orang anggota Jabatan Perhilitan Gua Musang digerakkan ke lokasi gajah jantan tersebut berkeliaran sebelum berjaya menangkapnya.


Beliau berkata kehadiran gajah jantan dewasa berusia antara 12 dan 15 tahun itu sebelum ini turut dilaporkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang yang melihat kelibat haiwan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

Kategori