Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

PH Sudah Muktamad Bahagi...

JOHOR BAHRU - Pakatan harapan (PH) sudah memuktamadkan pembahagian 56 kerusi Dewan Undangan...

Ingin Pinjaman RM10,000 Tetapi...

KUANTAN - Hasratnya untuk meminjam wang sebanyak RM10,000, tetapi akibat terpedaya dengan pinjaman...

Anggota URB Cedera Dirempuh...

KEMAMAN - Seorang anggota Unit Rondaan Bermotorsikal (URB) Kemaman cedera akibat dirempuh Mat...

Tiada Lagi Suara Azan...

MAKKAH - Bagi mereka yang rajin memantau suara azan menerusi siaran televisyen tempatan,...

Perjuangan UMNO Untuk Rakyat – Azalina

KUALA LUMPUR – Lebih tujuh dekad, UMNO telah membuktikan dasar-dasarnya banyak membantu rakyat secara keseluruhannya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya perjuangan UMNO adalah untuk rakyat dan terbukti anggota parti mampu bersatu dalam pelbagai cabaran mendatang sehingga mampu kekal dan kukuh di usia 71 tahun.

“Kita tidak seperti pembangkang yang hanya berjuang untuk kepentingan diri dan kini umpama retak menanti belah,” kata beliau dalam kenyataan di sini hari ini sempena ulang tahun UMNO ke-71.

Sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam merupakan acara terbesar diadakan dalam sejarah parti itu dengan penyertaan kira-kira 150,000 anggotanya dari seluruh negara.


Dalam pada itu, beliau menyeru anggotanya untuk terus rapatkan saf agar UMNO terus relevan menerajui kepimpinan negara.

“Perjuangan kita belum selesai, PRU14 menanti dengan kemenangan lebih besar,” kata Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang. – BERNAMA

Kategori