Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Titah Raja-Raja: Semua Pemimpin,...

UMNO ditubuh pada tahun 1946 untuk lawan Malayan Union dan mempertahankan Raja-Raja Melayu...

Lelaki Bunuh Bapa Dihukum...

SEREMBAN - Seorang lelaki dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini,...

Strategi Pengecut Pembangkang

Apa sahaja pembangkang tidak perlekehkan tentang kerajaan sehinggakan kos lawatan rasmi Perdana Menteri...

Sabah Optimis Laksana Sistem...

KOTA KINABALU - Kerajaan Negeri Sabah optimis untuk mewujudkan sistem pengangkutan awam yang...

Perkasa Dapat Jadi Pencelah Dalam Saman Hindraf

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk menjadi pihak pencelah dalam saman pemula difailkan pengerusi pertubuhan haram, Hindu Rights Action Force (Hindraf) P. Waytha Moorthy bersama 18 individu lain.

Saman tersebut bagi menuntut perisytiharan bahawa pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai suatu ancaman kepada keselamatan negara dan dilarang daripada memasuki Malaysia.

Hakim Datuk Kamaluddin Md. Said membenarkan permohonan daripada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali kerana pertubuhan itu mempunyai hak di sisi undang-undang (locus standi) untuk menjadi pencelah memandangkan pertubuhan itu melindungi agama persekutuan.

Peguam Adnan Seman yang mewakili Perkasa memberitahu pemberita, plaintif tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan mereka manakala defendan juga membiarkan mahkamah untuk membuat keputusan.

Terdahulu, Ibrahim dalam notis permohonan yang dibuat pada 14 Mac memberi alasan untuk mencelah kerana prosiding yang dibuat oleh Hindraf didakwa menjejaskan hak dan kepentingan umat Islam untuk mendengar dan mendapatkan ilmu secara langsung melalui ceramah dan khutbah disampaikan oleh Tokoh Maal Hijrah 2013 itu.


Menurut Ibrahim, penceramah terkemuka itu bercakap tentang keamanan dan bukannya menjurus kepada keganasan serta ceramah beliau tidak sepatutnya dijadikan isu dan alasan sebagai mempromosi keganasan memandangkan di peringkat pengajian tinggi juga ada mengajar mengenai subjek perbandingan agama.

1 Mac lalu, Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy dan 18 yang lain; termasuk ADUN Bingkor, Jeffrey Kitingan; peguam Siti Kassim dan Pengarah Center for Policy Initiatives, Lim Teck Ghee memfailkan saman kononnya pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai mengancam keselamatan negara. – MYNEWSHUB.CC

Kategori