Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Ayuh Malaysia, Doakan Lee...

KUALA LUMPUR - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat...

Kumpulan Kedua Misi Kemanusiaan...

KAHERAH - MESIR. Kumpulan kedua Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Gaza...

Ketua Pembangkang DUN Melaka...

MELAKA - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Omar Jaafar hari ini mengarahkan...

Percukaian Elemen Penting Pulihkan...

Pandemik Covid-19 memberi kesan besar terhadap ekonomi dunia dan Malaysia tidak terkecuali.Ikuti Mynewshub: TelegramNilai...

Perkukuh Mekanisma Pantau Sekolah Tahfiz Di Melaka

MELAKA – Kerajaan Negeri Melaka mahu mekanisma pemantauan dan pemerhatian secara berkala terhadap sekolah tahfiz di negeri ini diperkukuh bagi memastikan sekolah berkenaan mampu melahirkan pelajar berkualiti dengan sistem pembelajaran yang sistematik, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Justeru katanya kerajaan negeri akan menjalin kerjasama termasuk dengan Jabatan Pendididkan Negeri Melaka terutamanya Sektor Pendidikan Islam jabatan itu bagi mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif di sekolah tahfiz seluruh negeri.

Beliau berkata selain itu, semua Anggota Dewan Undangan Negeri di Melaka juga diminta melaksanakan pemantauan secara berkala terhadap institusi tahfiz di kawasan masing-masing antara lain bagi memastikan kebajikan setiap pelajar sekolah terjaga.

“Pemantauan secara menyeluruh itu melibatkan semua institusi tahfiz termasuk kerajaan dan swasta sama ada berdaftar atau pun tidak bagi memastikan institusi pendidikan tahfiz al-Quran di negara ini terus diperkasakan,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka di sini hari ini.

Melaka mempunyai sebanyak 28 sekolah tahfiz berdaftar seluruh negeri dan kira-kira 10 masih belum berdaftar.

Idris berkata dengan adanya mekanisme tersebut diharap pengusaha tahfiz di negeri ini dapat mematuhi peraturan dan peruntukan undang-undang yang ditetapkan.


Beliau berkata secara tidak langsung ia dapat me­ngangkat kualiti pusat tahfiz dalam melahirkan murid dan pelajar cemerlang sekali gus memastikan kelicinan pentadbiran dan pengurusan institusi berkenaan.

Sementara itu, beliau menyeru semua penerima Program Perumahan Rakyat (PPR) yang masih belum mendiami kediaman mereka agar berbuat demikian dalam tempoh sebulan daripada tawaran diterima.

Katanya sekiranya mereka gagal berbuat demikian pembatalan terhadap pemilihan rumah berkenaan akan dibuat dan tawaran unit terbabit akan dibuka kepada mereka yang berkelayakan.

“Secara tidak langsung ia meningkatkan nilai integriti dan kecekapan dalam pengurusan bagi mengelakkan terjadinya isu (penyelewengan) seperti disewa kepada orang lain,” katanya. – BERNAMA

Kategori