Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Perlu 40% Pekerja...

KUCHING - Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 40 peratus pekerja berkemahiran tinggi daripada seluruh tenaga...

Umat Islam Perlu Bijak...

DHAKA - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu umat Islam...

Polis Tahan 758 ‘Tahi...

KUANTAN – Polis Pahang menahan seramai 758 tahi judi hasil 313 serbuan yang...

Cuti Bergaji Jika Bapa...

LONDON – Britain merancang melaksanakan inisiatif cuti bergaji kepada golongan bapa bagi membolehkan...

Perlis Lantik 2 Exco Baharu Ganti 2 Yang Digugur

ARAU – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan ADUN Chuping, Asmaiza Ahmad hari ini dilantik sebagai anggota exco baharu.

Mereka masing-masing menggantikan Jafperi Othman (Kemudahan dan Prasarana Awam, Kemajuan Luar Bandar dan Pemasmian Kemiskinan dan Kesihatan) dan Datuk Sabry Ahmad (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Pembangunan Wilayah, Koridor, Kawasan Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru).

Nurulhisham, 58, dan Asmaiza, 42, serta enam lain yang dilantik semula menerima watikah pelantikan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau di sini.

Jafperi dan Sabry hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan kesemua ADUN kecuali ADUN Sanglang, Shukri Ramli yang mewakili PAS.

Enam Exco yang dikekalkan itu ialah:-

*Ahmad Bakri Ali (Pertanian dan Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Bioteknologi Hijau; Pembangunan Usahawan dan Industri Kecil dan Sederhana.

*Abdul Jamil Saad (Belia dan Sukan; Pelancongan; Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

*Datuk Mat Rawi Kassim (Sumber Asli dan Alam Sekitar, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pembangunan dan ICT, Tadbir Urus Kerajaan, Penguatkuasaan Bersepadu dan Tugas-tugas Khas.

*Khairi Hassan (Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Sumber Manusia dan Badan-badan Bukan Kerajaan).

*Mat bin Hassan (Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil).


*Hajah Rela Ahmad (Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kebajikan dan Perpaduan).

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Azlan berkata pengguguran dua anggota exco kanan tersebut bertujuan bagi memberi suntikan dan idea baharu yang lebih berkesan bagi menjayakan agenda pembangunan negeri.

“Pengguguran mereka bukan sebagai gambaran pemegang jawatan akan digantikan dengan calon baharu pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi. Pemilihan calon bukan lagi dibuat secara tradisi tetapi berdasarkan metodologi atau kaedah baharu yang ditentukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Metodologi ini diguna pakai dalam PRU Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar, Kuala Kangsar dan Tanjung Datu yang terbukti terbaik apabila calon-calon Barisan Nasional menang dengan majoriti luar biasa,” katanya.

Mengenai portfolio barisan exco, Azlan berkata beliau akan membuat sedikit rombakan untuk memberi lonjakan lebih dinamik dan ia akan diumumkan dalam mesyuarat exco Rabu depan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kehadiran lebih 150,000 ahli UMNO untuk menyemarak ulang tahun ke-71 parti di Bukit Jalil malam tadi menunjukan UMNO masih parti terbesar dan terkuat dalam kalangan parti politik di Malaysia.

“Manifestasi kehadiran besar ini penting untuk membuktikan bahawa UMNO dengan keanggotaan lebih 3.5 juta orang masih lagi utuh, kuat dan berpadu selain menyerlahkan UMNO bersedia menghadapi PRU pada bila-bila masa,” tambahnya. – BERNAMA

Kategori