Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Wajah Awet Muda Aktres...

BINTANG filem China, Yan Ni, jarang membuat penampilan bersama-sama dengan anak perempuannya, Zou...

Pesawat Terhempas, Kanak-Kanak Redah...

TAKƃā€šĆ‚Ā dapat dibayangkan betapa kuatnya semangat Sailor Gutzler, 7, yang berjalan sejauh tiga setengah...

`Dating’ 75 Lelaki Dari...

Melbourne ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Demi mencari `putera idamanƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā€žĀ¢ seorang wanita mengembara ke 22 negara dan...

Menteri PH Masih ‘Bergelut’

KOTA BHARUĀ - Pas menganggap menteri-menteri yang menganggotai Kabinet di bawah kepemimpinan Perdana Menteri,...

Permintaan Tinggi Sumber Ikan Punca Harga Meningkat

KUALA TERENGGANU – Permintaan ikan yang tinggi daripada pengguna di awal Ramadan antara punca kenaikan harga ikan sehingga 30 peratus di pasar-pasar Terengganu,

Pengarah Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali berkata, harga ikan di pasaran akan kembali normal selepas musim perayaan dan cuti sekolah pada pertengahan tahun ini.

“Kenaikan harga ikan dan kekurangan ikan bukan disebabkan wujudnya peranan dan penglibatan orang tengah, tetapi permintaan yang tinggi salah satu punca harga ikan jadi mahal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau aktiviti pendaratan dan penjualan ikan segar di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pulau Kambing di sini hari ini.

Zawawi berkata, pendaratan ikan di negeri itu tahun ini bagi tempoh empat bulan dari Januari hingga April lepas sebanyak 12,834.10 tan metrik dengan nilai RM77.005 juta iaitu meningkat 3.62 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Katanya, pendaratan ikan segar bagi Januari dan Februari tahun ini, menunjukkan penurunan jika dibandingkan bulan yang sama tahun lepas.

Beliau berkata, penurunan ini melibatkan kesemua pendaratan daripada vessel zon A, B, C dan C2 yang disebabkan keadaan laut yang masih bergelora dan musim tidak menentu sehingga pertengahan Februari lepas.

Bagaimanapun katanya berlaku peningkatan pendaratan ikan segar sebanyak 16.45 peratus pada Mac dan 46.31 peratus pada April lepas.


“Isu kenaikan harga ikan itu bersifat sementara dan bergantung kepada permintaan di pasaran. Permintaan yang tinggi pada musim puasa ini menyumbang kepada kenaikan harga ikan sekarang.

“Peningkatan harga di musim Ramadan dan perayaan bukan tertumpu kepada ikan semata-mata, tetapi keperluan barangan dapur yang lain turut terlibat,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga-peniaga Ikan Kuala Terengganu Selatan, Johari Abdul Jalil berkata, kekurangan operasi penangkapan ikan pada awal puasa juga dilihat menjadi salah satu faktor terhadap peningkatan harga ikan segar di pasaran negeri ini.

“Pada hari pertama Ramadan, kebanyakan nelayan tidak turun ke laut kerana mereka mahu berbuka puasa bersama keluarga.

Lepas dua tiga hari puasa mereka akan keluar untuk menangkap ikan seperti biasa. Begitu juga apabila menjelang hari raya, mereka tidak akan keluar menangkap ikan yang menyebabkan harga ikan menjadi mahal,” katanya. – BERNAMA

Kategori