Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Gagal Dapat Mula...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir...

Jika Brexit Kecoh, Ratu...

LONDON - Pihak berkuasa Britain telah mengembalikan pelan kecemasan dari zaman Perang Dingin...

Kapten Penerbangan MH122 Buat...

KUALA LUMPUR – Kapten dan krew yang mengendalikan penerbangan​​​​​​ ​MH122 Malaysia Airlines membuat...

Nelayan Dinasihati Jangan Rakus...

KUANTAN - Sikap rakus segelintir nelayan yang mengaut hasil laut dengan menggunakan peralatan...

Pertumbuhan KDNK Akan Kukuhkan Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR – Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada suku pertama 2017 yang mantap sebanyak 5.6 peratus, akan mengukuhkan keyakinan pelabur kepada ekonomi Malaysia dan dengan itu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini pada masa depan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

“Di peringkat global, orang suka melabur di negara yang mempunyai pertumbuhan positif. Bagi negara kita, pertumbuhan yang dilihat pada suku pertama akan menggalak lebih banyak aliran masuk modal.

“Mereka akan melabur dalam pasaran saham, bon, hutang swasta dan mengembangkan aktiviti perniagaan di Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo korporat baharu Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd di sini, hari ini.

Ekonomi Malaysia berkembang pada tahap terpantas dalam tempoh dua tahun pada tiga bulan pertama 2017 dengan mencatat 5.6 peratus, dirangsang oleh prestasi eksport yang positif serta permintaan domestik yang berdaya tahan.

FDI meningkat kepada RM17 bilion pada suku tersebut berbanding RM13 bilion pada suku keempat 2016, dengan pendapatan tertangguh yang lebih tinggi untuk pelaburan semula dan pengeluaran pinjaman antara syarikat.

Sebahagian besar aliran masuk dana itu disalurkan ke sektor perkhidmatan, terutama hartanah, subsektor maklumat dan telekomunikasi serta perlombongan.


Johari berkata, sebagai sebuah ekonomi terbuka, aliran masuk dan keluar dana asing secara relatifnya normal, tetapi pergerakannya lebih ditentukan petunjuk seperti ketidaktentuan ekonomi global serta prestasi KDNK negara.

Menurutnya, Malaysia telah mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi global, di samping dasar kewangan dan fiskal yang responsif yang dicerminkan dalam pertumbuhan lebih baik daripada dijangka pada suku pertama 2017.

“Diharapkan momentum ini akan berterusan dan memanfaatkan perniagaan serta ekonomi secara keseluruhannya,” tambah beliau. – BERNAMA

Kategori