Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Yang Di-Pertuan Agong Belum...

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam...

CEO Lufthansa Lawat Tapak...

LE VERNET, Perancis - Pengurusan Lufthansa dan Germanwings berkunjung ke pergunungan Alps Perancis...

6,577 Penerima BR1M Buat...

KUALA LUMPUR - Seramai 6,577 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2012,...

Syor Tembak Saja Penyeludup...

JAKARTA - Ketua Agensi Narkotik Nasional (BNN) Indonesia, Budi Waseso semalam mengancam untuk...

Pertumbuhan KDNK Malaysia Atasi Jangkaan Ramai

SHAH ALAM – Keupayaan Malaysia mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus bagi suku pertama 2017 adalah sesuatu yang mengatasi jangkaan ramai, kata Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau turut menyifatkan usaha kerajaan menumpukan aspek asas-asas ekonomi sebagai strategi yang terbukti tepat.

“Ia jelas terbukti menerusi pertumbuhan asas semua sektor utama. Sehubungan itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha merancakkan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar majlis pelancaran Laporan Tahunan 2016 NTP yang disediakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), di sini malam tadi.

Laporan itu dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed pula menyifatkan perakuan oleh firma-firma antarabangsa seperti Forbes, BAV Consulting dan Wharton School daripada Amerika Syarikat terhadap Malaysia sebagai paparan sentimen keyakinan para pelabur.


“Mereka menyenaraikan Malaysia dalam (ranking) negara terbaik untuk para pelabur pada 2017 dan negara pilihan terbaik sebagai destinasi pelaburan langsung asing (FDI) dalam kalangan negara-negara Asia,” katanya

Mustapa berkata, Malaysia turut mencatat prestasi baik dalam perdagangan dan pelancongan sepertimana dibuktikan menerusi kehadiran ramai pelancong China ke negara ini.

“Kita perlu mengekalkan momentum ini serta keamanan dan kestabilan yang menjadi antara ciri utama Malaysia dapat selain keupayaan untuk hidup dalam harmoni,” katanya. – BERNAMA

Kategori